Home About-us Privacy Policy Contact-us Services

Memaparkan catatan dengan label SEJARAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SEJARAH. Papar semua catatan

Isnin, 6 Oktober 2014

Teori Negara Abu Alam Al Maududi oleh ZIHAM ZAWAWI

By With 1 ulasan:
Abu Alam Al Maududi atau Sayyid Abul A’la Maududi[1] merupakan seorang ahli falsafah, sasterawan dan aktivis yang aktif dalam perjuangan dan pergerakkan Islam di seluruh dunia. Beliau yang lebih dikenali sebagai Maulana Maududi telah lahir tanggal 3 Rejab 1321H bersamaan 25 September 1903 di Aurangabad, Hyderabad[2], India. Dalam usianya menjangkau 76 tahun sebelum beliau meninggal dunia, beliau telah menulis lebih 120 buah buku dan risalah serta lebih 1000 ucapan[3]. Fokus penulisan beliau adalah tertumpu kepada ilmu tafsir, etika, kajian sosial dan permasalahan perjuangan Islam. Karya termasyhur beliau adalah dalam bahasa Urdu iaitu Tafhim al-Qur’an (Ke Arah Memahami al-Quran); ianya mengambil masa lebih kurang 30 tahun untuk siap[4]. Tafhim al-Quran telah diterjemahkan ke dalam berbagai – bagai bahasa seperti Arab, Inggeris, Turki, Parsi, Hindi, Perancis, Jerman, Swahili, Tamil, Malayalam, Kannada dan Bengali.
Falsafah perjuangan Maulana Maududi tampak jelas dipengaruhi perjuangan Sayyid Qutb di Mesir yang gah dengan perjuangan Jamiat al-Ikhwan al-Muslimun. Maulana Maududi menerima konsep yang dibawa oleh Shah Waliullah bahawa Islam adalah agama yang lengkap dan sempurna serta merupakan agama tamadun yang universal. Ini adalah asas kepada perbezaan antara Islam dengan Jahiliah. Maulana Maududi mahu konsep perpaduan ummah dan Islam sebagai satu cara hidup, benar – benar difahami. Al-Quran dan As-Sunnah hendaklah dipatuhi dan dilaksanakan secara total. Bagi beliau, dalam sejarah Islam, tidak semua perjuangan dimenangi oleh Islam. Namun, jika umat Islam mengamalkan Islam, kemenangan pasti dalam genggaman.
Maududi juga jelas dalam teori negara yang diasaskan oleh beliau. Konsep teori yang dibangunkan oleh Maududi meliputi konsep negara dan pemerintahan serta tujuannya, dasar negara, demokrasi, struktur pemerintahan, dan hukum menurut pandangan Maududi. Asas kepada teori negara Maududi ini ialah “Islam as the way of life” atau Islam sebagai satu hidup yang secara total harus menjadi intipati semua corak kehidupan semua muslimin dan muslimat. Maududi menjelaskan bahawa jika umat Islam pada zaman moden ini mahukan kejayaan seperti zaman kegemilangan emas yang telah dilewati pada awal tradisi Islam, maka umat Islam harus kembali kepada dua sumber terpenting dalam Islam iaitu al-Quran dan as-Sunnah[5] secara mutlak.
Teori ini dengan jelas mencadangkan agar sistem pemerintahan yang sedang dijalankan pada abad moden ini diubah kepada acuan sistem pemerintahan yang telah dibangunkan oleh Rasulullah S.A.W. dan Khulafa ar-Rasyidin. Beliau menolak sistem pemerintahan yang sedang dijalankan pada zaman moden ini, ianya hanya memperjuangkan simbol Islam tanpa penerapan secara total makna dan falsafah perjuangan Islam yang sebenar. Maududi menolak sistem demokrasi yang menegakkan kedaulatan rakyat, alternatifnya beliau menawarkan sistem kekhalifahan dengan fahaman kedaulatan kepada Tuhan dan manusia harus tunduk kepada aturan Tuhan kerana manusia hanya merupakan khalifah atau wakil Allah di muka bumi ini. Maududi juga secara keras menolak idea sosialisme, sekularisme,komunisme, liberalisme dan pelbagai lagi idea dan teori yang dihebahkan oleh cendikiawan – cendikiawan barat.
Dari aspek struktur pemerintahan negara, Maulana Maududi teguh menyatakan bahawa struktur pemerintahan yang telah diamalkan oleh Rasulullah S.A.W. dan Khulafa ar-Rasyidin sebagai satu sistem dan struktur yang masih relevan dan mempunyai peratusan keberjayaan yang tinggi untuk diaplikasikan pada zaman moden ini. Maududi yakin dengan struktur ini kerana di dalam sistem pemerintahan warisan Rasulullah S.A.W., undang – undang dan hukum bukannya diasaskan oleh manusia. Sebaliknya, undang – undang dan hukum datang daripada Allah dan manusia perlu mengadaptasikan wahyu tersebut mengikut kesesuaian dan perubahan zaman. Beliau menolak sekeras – kerasnya undang – undang moden yang kebanyakkannya diambil intinya daripada undang – undang barat.
Unsur persamaan, keadilan dan kebebasan menjadi tulang belakang kepada beberapa ideologi penubuhan negara.  Komunisme dan sosialisme lantang dengan unsur persamaannya manakala sistem demokrasiyang kukuh pada abad ke-21 ini berdiri megah dengan slogan keadilan dan kebebasan. Maurice Joly[6]yang menulis sebuah buku berjudul Dialog dalam Neraka antara Montesquieu dan Machiavelli, yang ditulis sekitar 1864 mempromosikan kebenciannya terhadap kediktatoran Napoleon III dan menyuarakan pendapatnya tentang liberalisme dan demokratik melalu watak Montesquieu[7]. Sekularisme pula yang dengan jelas memisahkan agama daripada cara hidup, secara khusus bertentangan dengan ideologi Maududi. Penentangan Maududi terhadap sekularisme ini semakin hebat apabila muncul Kamal At-Tartuk.
Demokrasi merupakan satu kata yang mempunyai konotasi isltilah yang khusus, yang dengan sengaja diciptakan oleh pencetusnya untuk menubuhkan suatu sistem pemerintahan tertentu, yang dibangunkan atas asas rakyat sebagai sumber kekuasaan. Berdasarkan demokrasi, rakyat diberi hak untuk membuat undang – undang, dalam situasi ini istilah kedaulatan rakyat diagung-agungkan. Kedaulatan rakyat ini wujud bila rakyat berkuasa, memiliki hak untuk berparti dalam proses politik dengan tujuan menjamin kepentingan seluruh rakyat. Sistem ini dengan jelas nampak rapuh kerana sesiapa sahaja boleh menjadi teraju kepada kepemimpinan negara asalkan individu tersebut mempunyai pengaruh yang hebat. Pengaruh tersebut boleh diperolehi melalui pelbagai cara sama ada positif mahupun negatif. Hal ini yang dibimbangi Maududi kerana dengan jelas, menurut sejarah, banyak negara Islam jatuh kerana dikotori dengan anasir jahat yang masuk ke parlimen – parlimen dan istana – istana presiden melalui akar umbi demokrasi.
Contoh yang paling dekat dengan Islam ialah keruntuhan sistem pemerintahan Khalifah Islam di Turki yang didalangi oleh Kamal at-Tartuk yang ditaja oleh Zionis. Kamal yang telah dilatih sejak kecil oleh Zionis untuk menguasai pelbagai bidang ilmu yang digunakan untuk meraih pengaruh dan menawan hati seluruh penduduk Turki. Dengan pengaruh yang telah diperolehinya itu, Kamal berjaya menakluk Turki dan mengajak rakyat Turki meruntuhkan sistem pemerintahan Khalifah yang merupakan warisan sistem pemerintahan Khulafa ar-rasyidin. Hal inilah yang dibimbangi oleh Maududi sekaligus, beliau menyarankan agar semua negara Islam agar kembali kepada sistem pemerintahan Islam yang berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah dan bukannya semata bertunjangkan demokrasi.
Pada pertengahan abad zaman kegelapan Eropah – “the dark middle age”, demokrasi muncul bagi menolak slogan I’etat c’est moi (saya adalah negara) yang digantikan dengan Jargon vox populi vox dei (suara rakyat adalah suara tuhan)[8]. Mulai sangat inilah, satu demi satu kerajaan beraja dijatuhkan oleh rakyat dan digantikan dengan satu sistem yang amat baharu pada ketika itu iaitu demokrasi. Satu demi satu revolusi dianjurkan dan berjaya mengulingkan pemimpin – pemimpin seperti Napoleon dan Tsar. Kosmologi Descartes, Leibniz, Spinoza dan Malebranche pada waktu ini amat dipuji kerana keluasan ilmunya dan mereka membuka mata warga Eropah untuk setuju dengan teori dan ideologi demokrasi.
Sekularisme pada hakikatnya wujud sebagai pelengkap kepada demokrasi. Harvey Cox [9] mengemukakan komponen – komponen sekularisme yang terdiri daripada disenchanment of nature, desakralisasi politik, dan dekonsentrasi nilai-nilai. Disenchanment of nature merujuk kepada pembebasan alam dari nilai – nilai agama agar masyarakat dapat maju dan membangun dengan melakukan perubahan dengan bebas tanpa kekangan agama. Dengan kata lain, hukum hakam yang terdapat dalam agama perlu dipandang enteng kerana ianya hanya menyusahkan dan merupakan satu halangan dalam mencapai kemajuan. Desakralisasi politik bermaksud penghapusan legitimasi agama ke atas pihak berkuasa dan kekuasaan. Hal ini adalah syarat untuk mempermudahkan kelangsungan perubahan sosial dan politik dalam proses sejarah. Sementara itu, dekonsentrasi nilai – nilai pula merujuk kepada penyamataraan setiap sistem nilai, termasuknilai – nilai agama, supaya manusia bebas melakukan perubahan – perubahan tanpa terikat lagi dengan nilai – nilai agama yang bersifat mutlak[10].
Kapitalisme merupakan satu lagi ideologi yang muncul sebagai pelengkap kepada demokrasi. Secara tegasnya, kapitalisme dan sekulerisme merupakan satu kesatuan jitu yang tidak boleh dipisahkan. Machperson dalam bukunya bertajuk “The Real World Democracy” (1971) menyatakan bahawa demokrasi liberal hanya akan tumbuh dan berkembang dalam masyarakat yang perkembangan kapitalismenya relatif tinggi. Menurut Macpherson:
“Liberal democracy is found only in countries whose economic system is wholly predominantly that of capitalist enterprise. And, with few and mostly temporary exception, every capitalist country has a liberal democratic political system”.[11]
Seringkali penganut – penganut kapitalis menyebut ideologi mereka sebagai “sistem demokrasi” walaupun pada hakikatnya konotasi tersebut tidak tepat. Hal ini kerana; pertama, demokrasi bukanlah diasaskan oleh kaum kapitalis. Orang Yunani, beratus tahun dahulu telah terlebih dahulu mencetuskannya. Kedua, kaum kapitalis bukan satu – satunya pihak yang mengamalkan demokrasi. Penganut dan pengamal Sosialis-Marxis juga menyatakan diri mereka sebagai pengamal demokrasi. Sampai saat akhri kejatuhan sosialis, mereka tetap menyatakan bahawa mereka mengamalkan demokrasi[12].
Biarpun, pihak – pihak sekularisme dan kapitalisme sebagai pendukung demokrasi beserta sosialisme dan komunisme menganjurkan kepada persamaan, keadilan dan kebebasan, perlu diingat bahawa manusia ini adalah insan yang lemah. Buku – buku sejarah telah banyak mencoretkan kejatuhan banyak ketamadunan sejak zaman kemunculan kerajaan Mesopotamia hinggalah kepada keruntuhan Soviet Union, adalah berpunca daripada kebebasan yang tiada hadnya dan pengasingan nilai – nilai agama dalam proses perubahan ke arah kemajuan. Nilai persamaan pula adalah bervariasi menurut ideologi. Komunisme dan sosialisme mendukung secara mutlak nilai persamaan ini manakala kapitalisme menolak secara total. Dalam masyarakat kapitalisme, orang yang paling banyak hartanya adalah orang yang paling dihormati dan disegani. Asasnya, menurut kapitalisme, penyedia modal adalah individu atau firma yang paling kaya di sesebuah negara.
Justeru itu, Maududi bangkit dengan menyeru negara – negara Islam agar kembali berpegang kepada sistem pemerintahan yang dipraktikkan oleh Rasulullah S.A.W. dan Khulafa ar-Rasyiddin dan menolak segala ideologi yang dicipta oleh barat yang sememangnya bertentangan dengan ajaran al-Quran dan as-Sunnah. Biarpun secara teorinya, ideologi – ideologi tersebut tampak jelas mampu membina sebuah negara yang kuat. Namun, dari aspek praktisnya, ianya lemah dan rapuh. Lalu, Maududi bangkit dengan bermotivasikan perjuangan Sayyid Qutb di Mesir dengan melaungkan kebimbangannya dengan perciptaan teori negaranya dimulai dengan Pakistan.
Namun begitu, Maududi tidak menyisihkan unsur – unsur tersebut dalam teori negara beliau. Persamaan, keadilan dan kebebasan sedari dahulu lagi sudah termaktub dalam sistem pemerintahan yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W. dan para Khulafa ar-Rasyidin. Secara dasarnya, teori negara Al-Maududi diasaskan pada slogan “Islam as the way of life” yang mana tonggak kepada pembinaan sebuah negara adalah berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. Undang – undang dan hukum hakam pula digali daripada kedua – dua sumber tersebut. 




[1]JugadikenalisebagaiAbulA’laMaududiatau Syed MaudoodiatauMawdudi.
[2]Kinidikenalisebagai Maharashtra.
[3]700 ucapanbeliautelahdirakamdandisebarkan.
[4]RujukShort Biography of AbulalaMaududi.
[5]Jugatermasuk al-QiasdanIjmakparaulama’.
[6]DalamBruinessen, M. v. (1993, Oktober 9). Yahudi Sebagai Simbol dalam Wacana Islam Indonesia Masa Kini. Yogyakarta, Indonesia.
[7]Dalamcatatanuntukceramah yang disampaikan di DIAN (Institut Dialog Antar-Iman di Indonesia), Yogyakarta pada 9 Oktober 1993 dankepadaJamaah Masjid Shalahuddin, Yogyakarta pada 17Oktober 1993.
[8]Taufiq. (2006). Pandangan Islam Terhadap Demokrasi.
[9]DiambildariTaufiq (2006).Rujukbibliografi.
[10]Rais, M. (1991). Cakrawala Islam: Antara Cita dan Fakta. Bandung: Mizan.
[11]Machperson. (1971). The Real World of Democracy. Oxford: Clarendon Press.
[12]Zallum, A. (2001). Serangan Amerika untuk Menghancurkan Islam (3 ed.). Jakarta: Pustaka Thariqul Izzah.





Read More

Isnin, 23 Disember 2013

Sejarah Rukun Negara

By With Tiada ulasan:
Rukun Negara diisytiharkan oleh Yang Di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 iaitu semasa negara menyambut Hari Kemerdekaan Kali Ke-13. Doktrin Rukun Negara diperkenalkan oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang ketika itu memikul tanggungjawab menjalankan pemerintahan negara apabila sistem kerajaan berparlimen digantung pada 16 Mei 1969 ekoran rusuhan kaum yang lebih dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei 1969. MAGERAN yang diketuai oleh seorang Pengarah, ditubuhkan bagi memulihkan perpaduan yang semakin goyah pada masa itu iaitu perbalahan antara etnik yang pernah berlaku pada 1946, 1956 (di Pulau Pinang), 1960 (di Pangkor), 1966 (di Bukit Mertajam), 1967 (di Pulau Pinang) dan 13 Mei 1969 (di Kuala Lumpur).
Rukun Negara adalah hasil daripada perbincangan-perbincangan yang diadakan oleh Majlis Perundingan Negara (MPN). Bagi melicinkan pemerintahan negara di bawah MAGERAN yang dipimpin oleh Y.A.B Tun Abdul Razak, MAGERAN telah menubuhkan tiga badan iaitu Majlis Muhibah Negara, Jabatan Perpaduan Negara dan Majlis Perundingan Negara.



Read More

Khamis, 12 Disember 2013

Sejarah Terapi Snoezelan

By With Tiada ulasan:
Snoezelen atau mengikut bahasa Belanda iaitu “snuffelen” yang dimaksudkan sebagai eksplorasi atau mencari dan “doezelen” sebagai relaks atau rehat ialah merupakan salah satu terapi daripada pelbagai terapi yang terdapat di dalam pendidikan khas. Snoezelen atau panggilan lainnya ialah Controlled Multisensory Environment (MSE) iaitu merujuk kepada keadaan yang saling bergantungan antara kedua-dua ruang iaitu antara ruang persekitaran fizikal dan ruang persekitaran manusia. Ruang persekitaran manusia ini mewujudkan suatu pendekatan yang berpusatkan kepada pelanggan atau individu khas yang menerima terapi iniyang di panggil “client-centred” yang dilaksanakan oleh pengamal perubatan seperti doktor dan ahli terapi.

Persekitaran bagi terapi Snoezelen adalah merupakan suatu persekitaran yang selamat dan tanpa sebarang ancaman. Terapi ini dicipta khusus merangkumi suatu prosespengenduran atau suatu proses secara bersantai bagi mengurangkan rasa bimbang ataukesakitan yang meliputi kedua-dua keadaan iaitu fizikal dan emosi. Terapi ini memfokuskan kepada tujuan untuk memaksimumkan potensi seseorang individu berdasarkan semangat dankehendak diri mereka sendiri dan bagi meningkatkan rangsangan sama ada terhadap objek,aktiviti atau terhadap individu. Seterusnya, bagi memperbaiki komunikasi dan kefungsian.

[1]Snoezelen merupakan suatu aktiviti yang mempengaruhi sistem saraf pusat (SSP) melalui pemberian rangsangan yang cukup terhadap sensor primer pada penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa kecap dan pembauan, serta terhadap sensor internal tubuh pada sistem keseimbangan (vestibular) dan sensasi sendi (proprioseptive) dengan maksud untuk memperolehi relaksasi dan atau aktivasi pada individu dengan tujuan untuk meningkatkan kualiti hidup.

Konsep Snoezelen ditakrifkan dalam tahun 1970-an oleh dua ahli terapi Belanda, Jan Hulsegge dan Ad Verheul semasa mereka bekerja di Institut De Hartenberg di Belanda, pusat bagi orang-orang kurang upaya intelektual. Pada pameran musim panas tahunan institut, Hulsegge dan Verheul telah menyediakan sehingga sebuah khemah instrumen percubaan deria yang dipenuhi dengan kesan-kesan yang mudah seperti sebilah kipas meniup shards kertas, dakwat dicampur dengan air dan diunjurkan ke skrin, alat-alat muzik, objek sentuhan, botol aroma, sabun, dan rasa makanan. Ia merupakan satu kejayaan yang amat besar, terutamanya dengan fungsi rendah pelanggan yang menunjukkan maklum balas positif secara lisan dan bukan lisan. Ahli terapi yang dipanggil multi-deria ini dikenali dengan "snoezelen," penguncupan kata kerja Belanda "snuffelen" (untuk mencari atau menerokai) dan "doezelen" (untuk berehat).

Snoezelen kini telah berkembang di seluruh dunia dan lebih 30 buah negara yang membangunkan kemudahan Snoezelan untuk penggunaan dan kemudahan orang-orang berkeperluan khas seperti austisme. Bermula daripadapembangunan dan pemasangan yang pertama di Amerika Syarikat dan Kanada pada tahun 1992 di Lifespire™ di New York City dan Rehab Bloorview Kanak-kanak di Toronto, kemudian dituruti oleh kemudahan persendirian seperti Lacey A. Collier Snoezelen Kompleks dan Pusat Snoezelen di Orange Grove, momentum untuk Snoezelen terus berkembang dan terbina semakin menggalakkan kerana kita dapat lebih memahami jawapan untuk orang kurang upaya ini dengan persekitaran yang merangsang pelbagai deria dan menarik.

Kompleks Snoezelen Lacey A. Collier mula beroperasi pada 29 November 2005. Terletak di kampus Escambia Sekolah Westgate di Pensacola, Florida,ia mempunyai keluasan 14,600 kaki persegi dan kemudahan luar biasa ini mempunyai atrium besar, lorong deria, empat buah bilik dengan keluasan 1,100 kaki persegi dengan tema tersendiri iaitu hutan, angkasa, magis dan salji serta utiliti ruangan. Pada tahun 2005 juga, Pusat Snoezelen di Orange Grove telah dibuka dan menyediakan perkhidmatan yang komprehensif untuk kanak-kanak dan orang dewasa yang kurang upaya intelek dan fizikal yang berpangkalan di Chattanooga, Tennessee. Orange Grove telah bekerjasama dengan Konsortium Penyelidikan di Universiti Tennessee untuk mengumpul data penting yang bertujuan untuk memperkembangkan lagi terapi ini. 


[1] Van Dijk&Wind (2001)
Read More

Rabu, 12 Oktober 2011

Comfort Zone

By With 2 ulasan:

Zaman kanak-kanak adalah zaman paling menyeronokkan. Main, kawan-kawan, gula-gula, Ultraman, Power Rangers, Basikal, Pemadam kecik yang ada bentuk-bentuk macam tu (spt strawberry, basikal, kereta, rumah), Senario, tidur, menangis. Itu semua zaman kanak-kanak aku. Orang lain pasti ada memori dan kenangan mereka sendiri. Pertama kali jatuh basikal, pertama kali dapat naik LRT, pertama kali camping, pertama kali beli kasut Adidas.


Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun. Semua itu berlalu pergi dan kita kejar perkara-perkara baru. Kalau dulu main sekarang study@kerja, kalau dulu kawan-kawan sekarang musuh, kalau dulu basikal sekarang kereta, kalau dulu gula-gula sekarang duit.

The thing is, everything is changing and keep changing every second, every minutes, so either u like it or not u have to deal with it. Ngerti ngakk??

Kalau sekarang umur kau 18 tahun dan kau rasa selesa, kalau sekarang umur kau 22 dan kau rasa kau dah cukup bahagia, kau sebenarnya dalam bahaya. Your comfort zone won't long last. Trust me babeh.

Dasar Pandang ke Timur, Drama Korea, Drama Jepun.

There are messages there. Its between the lines.
Can't you read it?? Use your brain people.


Tepat jam 6.30 petang setiap hari pasti tercongok depan TV tunggu hero & heroin pujaan keluar. Ada 3 orang lagi Power Rangers nie patutnya, Power Rangers Hijau, Putih dengan Pink.
Read More

Isnin, 13 Jun 2011

Perbandingan Tamadun Jepun dengan Tamadun Islam

By With Tiada ulasan:
Walaupun kedudukan ketamadunan Jepun dan tamadun Islam adalah sangat jauh dari segi lokatifnya, namun hal ini tidak membataskan proses pemindahan dan asimilasi budaya dilakukan. Memang tampak dengan jelas perbezaan antara Tamadun Islam dengan Tamadun Jepun, terutama dari aspek kerohanian, namun perbezaan inilah yang akan dijadikan titik permulaan untuk mencari horizon persamaan.

Dari apek kerohanian memang tampak jelas bahawa ketamadunan Islam digerakkan dan disandarkan secara total ke atas agama Islam manakala ketamadunan Jepun menjadikan agama Shinto dan Buddha serta beberapa ajaran lain sebagai makanan rohani mereka. Namun perbezaan dari segi kerohanian ini tidak menjadikan kedua-dua ketamadunan ini berbeza secara total. Cuba kita lihat dan renungkan potongan ayat al-Quran ini;

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian , kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan perbuatan baik dan salig berpesan satu sama lain dengan kebenaran serta bersabar.”
(surah al-Asr :1-3)

Seperti yang seluruh dunia tahu, masyarakat Jepun sememangnya dikenali sebagai satu bangsa yang amat menepati masa dan tidak suka masyarakatnya membazir masa. Sikap inilah yang menjadikan masyarakat Jepun sebagai satu masyarakat yang maju dan disegani pada hari ini. Sifat dan sikap masyarakat Jepun ini sangat bertepatan dengan firman Allah S.W.T dalam surah al-Asr ayat 1-3. Hal ini membuktikan bahawa ajaran yang terkandung di dalam al-Quran sememangnya tepat dan relevan dengan masa sekarang.

Selain itu masyarakat Jepun juga mengamal pemakanan yang amat bebas. Penduduk Jepun berpegang kepada konsep hidup untuk makan. Hal ini amat bertentangan dengan ajaran Islam yang mengajar umatnya makan sekadar perlu dan berkonsepkan makan untuk hidup.

“… makan dan minumlah dan jangan berlebih-lebihan.”
Surah al-A’raf ayat 31

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa Allah S.W.T. menyuruh hambanya makan sekadar untuk mengisi perut. Selain itu Rasulullah juga telah bersabda agat umatnya makan hanya ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.

Kesenian setiap ketamadunan secara kolektifnya menunjukkan kemajuan akal dan pemikiran tamadun tersebut. Semakin kompleks seni yang ditatarkan maka semakin bijaklah tahap kepandaian tamadun tersebut. Hakikatnya, kesenian ketamadunan Islam banyak menggunakan unsur alam flora dan geometri dalam setiap hasil keseniannya. Hal ini selari dengan anjuran Islam yang melarang penggunaan unsur benda-benda hidup dalam hasil estetikanya. Ketamadunan Jepun pula secara totalnya dipengaruhi oleh agama Shinto dan Buddha atau dalam kata lain banyak menggunakan unsur-unsur benda hidup dalam hasil estetikanya.


Read More

Isnin, 14 Jun 2010

Mengapa Orang Yahudi Bijak

By With Tiada ulasan:


Kita pasti tertanya-tanya tentang kekreatifan, kepintaran dan kepandaian yang dimiliki oleh kaum Yahudi. Adakah Allah swt memberikan mereka kelebihan itu? atau adakah mereka mewarisi gen-gen tersebut daripada Albert Einstein, Steven Spielberg atau Harrison Ford? Seorang Muslim dari Amerika Syarikat telah menghabiskan 8 tahunnya menjalankan tesis mengenai kepintaran orang-orang Yahudi. Namanya ialah Hakim Ma'ruf bin Haji Abdul Kadir dari Universiti Massachusetts. Tesis nya bertajuk "Why are the Jewish so smart". Berikut merupakan intipati yang telah saya dapati daripada tesis beliau.

1. Ibu yang mengandung akan kerap menyanyi dan bermain alat muzik seperti piano, clarinet dan sebagainya. Mereka juga akan membeli buku matematik dan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama suami mereka. Mereka percaya bahawa dengan melakukan aktiviti-aktiviti tersebut, mereka dapat melatih otak anak mereka dan kelak anak mereka menjadi genius.

2. Sejak awal mengandung, si ibu akan selalu makan kacang badam dan kurma bersama susu. Pada waktu tengah hari mereka makan roti dan ikan tanpa kepala yang dimakan bersama berbagai jenis salad yang digaul dengan badam dan pelbagai jenis kekacang.




3. Kepala ikan dilarang makan sama sekali kerana ianya mengandungi bahan kimia yang boleh merencatkan pertumbuhan otak bayi dalam kandungan.

4. Adalah menjadi kewajipan ibu-ibu yang mengandung untuk mengambil pil minyak ikan semasa mengandung setiap hari.

5. Orang Yahudi gemar memakan ikan. Boleh dikatakan setiap hidangan mereka pasti ada ikan. Namun, hidangan ikan tidak akan disekalikan dengan hidangan daging. Bagi mereka, hidangan ikan dan daging tidak elok dimakan bersama.

6. Mereka juga sangat gemar makan salad dan kekacang terutamanya badam.

7. Sebelum makan "main menu", mereka biasanya makan buah-buahan dulu. Kata mereka, jika kita makan karbohidrat dahulu, kita akan mudah berasa mengantuk dan lemah.

8. Dalam kalangan masyarakat Yahudi, merokok adalah taboo. Jika anda berkunjung ke rumah orang Yahudi dan anda merokok, tanpa segan silu mereka akan menghalau anda keluar dari rumah. (Ironinya pengeluar rokok utama dunia adalah mereka juga)

9. Pada peringkat tadika atau pra-sekolah, pemakanan kanak-kanak Yahudi dikawal ketat. Mereka diberi makan banyak buah-buahan, kacang badam dan perlu menelan pil minyak ikan code. Rata-rata kanak-kanak Yahudi boleh menguasai tiga bahasa iaitu Hebrew, Inggeris dan Arab. Mereka juga telah mengikuti kelas muzik seawal usia tadika. Menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat merangsang perkembangan otak. Sebab itulah ramai dari kalangan ahli-ahli muzik ternama dunia adalah terdiri daripada orang Yahudi.


10. Pada peringkat sekolah rendah, anak-anak Yahudia diajar Matematik berkonsepkan perniagaan. Sukan menembak, memanah dan berlari menjadi kewajipan setiap kanak-kanak Yahudi.

11. Pada peringkat sekolah tinggi (High School), remaja Yahudi ditekankan dengan subjek-subjek Sains. Mereka diminta mencipta produk, sekelakar manapun produk yang dihasilkan, pihak tenaga pengajar dan para pelajar akan meneliti setiap perincian terutama ciptaan yang berunsurkan senjata dan seterusnya dibawa ke Universiti atau Politeknik.

12. Di Fakulti perniagaan universiti di Israel, anda akan terkejut dan terperanjat dengan betapa agresifnya mereka menjalankan perniagaan. Para pelajar fakulti perniagaan tidak akan lulus selagi mereka (1 kumpulan=10 orang) tidak berjaya melakukan satu projek perniagaan dan mendapatkan keuntungan 1 juta USD! Mereka ini rata-ratanya mendapatkan tajaan daripada syarikat-syarikat global milik kaum Yahudi dari seluruh dunia.

13. Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia memberikan pinjaman TANPA FAEDAH kepada orang-orang YAHUDI SAHAJA untuk menjalankan perniagaan jika idea perniagaan mereka itu bernas dan pegawai dari Dewan Perniagaan tersebut akan memantau dan memastikan peminjam berada pada landasan yang betul. Maka, dari program ini maka lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Dunkin Doughnut, Levis, Oracle, produksi-produksi perfileman di Hollywood dan beratus-ratus kedai ternama di seluruh dunia yang bernaung di bawah dewan perniagaan ini. Graduan Yahudi dari Fakulti Perubatan universiti-universiti di Nwe York adalah digalakkan untuk mendaftarkan diri mereka di bawah persatuan ini dan membuka klinik mereka sendiri dengan bantuan kewangan yang disediakan oleh Dewan Perniagaan Yahudi New York.

Berikut disenaraikan individu-individu ternama dunia dari keturunan Yahudi:-
Jewish Actors and Actresses:
Alicia Silverstone -- Actress - Clueless, The Crush, The Babysitter, Batman
Barbara Streisand -- Singer and actress winner of two Oscars, four Emmys, nine Golden Globes, and other awards.
Mandy Patinkin -- Emmy & Tony award-winning actor, 'Dr Jeffrey Geiger' on TV's Chicago Hope
Harrison Ford -- Actor: 'Raiders of the Lost Ark', 'Star Wars', ' American Graffiti', 'Witness', 'The Fugitive'
Gwyneth Paltrow -- Oscar winner
William Shatner -- Captain James T. Kirk on the original 'Star Trek'
Natalie Portman -- Actress, Queen Amidala in Star Wars: The Phantom Menace
Al Jolson -- famous entertainer. Starred in the first talking movie
Winona Ryder -- Star of films like Heathers, Girl Interrupted, Little Women, Beetlejuice
Noah Wyle -- Actor, 'Dr John Carter' on TV's ER
Michael Landon -- Little Joe Cartwright on Bonanza
Mark Frankel -- Actor in 'Sisters' and 'Fortune Hunter'
Sarah Jessica Parker -- Acress in 'Sex and the City', 'LA Story'
Seth Green -- television actor, Buffy, the Vampire Slayer, Family Guy.
Robert Downey, Jr. -- actor in 'Less Than Zero,' 'Chaplin,' 'Short Cuts.'
Paul Newman -- Academy Award winning actor and philanthropist
Cary Grant -- (maybe Jewish, maybe not) Classical good looks and humor

Musicians:
Itzhak Perlman -- Grammy-winning Violin soloist
Max Weinberg -- Drummer for Springstein and musical director for Conan O'Brien
Isaac Stern -- Violin virtuoso
George Gershwin -- American composer of many vocal and theatrical works written in collaboration with his older brother, lyricist Ira Gershwin.
Jascha Heifetz -- Violinist
Yehudi Menuhin -- Violinist
Herb Alpert -- Leader and trumpeter of Tijuana Brass
Stan Getz -- Jazz Tenor Sax player most famous for The Girl from Ipanema
Julio Iglesias -- Internationally famous Spanish singer. Holds Guinness world record for the most albums sold in the most languages.

Scientists:
Albert Einstein -- One of the most famous and influential scientists since Isaac Newton
Carl Sagan -- astronomer and popular science author; made book and TV series 'Cosmos'
Niels Bohr -- Nobel prize-winning Physicist: atomic structure
Roald Hoffmann -- Nobel prize winner in Chemistry: field of electronic structures
Fritz Haber -- winner of the Nobel Prize of Chemistry in 1918, for the synthesis of ammonia from its elements
Edward Teller -- Physicist, father of the hydrogen bomb
Leo Szilard -- Physicist, proved the possibility of a nuclear chain reaction in 1933.
Jonas Salk -- Developed the first polio vaccine.

Business Professionals:
Milton Hershey -- Hershey's Chocolate founder
Michael Dell -- Founder of Dell Computer
Larry Ellison -- Founder and CEO of Oracle
Alan Greenspan -- Federal Reserve Chairman under Reagan, Bush, Clinton, Bush
Steve Ballmer -- CEO of Microsoft and the richest Jew in the world
Sir James Goldsmith -- financier and banker who amongst others has taken over Goodyear.
George Soros -- millionaire philanthropist who has donated millions to aid Eastern Europe.
Bernard Madoff -- American financier convicted of operating a Ponzi scheme that resulted in the largest investor fraud ever committed by a single person.

Fashion designers:
Calvin Klein -- Famous Clothes Designer
Ralph Lauren -- (Ralph Lipshitz) world famous fashion designer
Levi Strauss -- Inventor of Blue Jeans
Kenneth Cole -- Fashion Designer who's married to Mario Cuomo's daughter



Comedians:
Jerry Lewis -- A comedian who teamed up with Dean Martin
Marcel Marceau -- The most famous mime in history
Jerry Seinfeld -- Stand up comedian, TV show Seinfeld, American Express commercials
Sarah Silverman -- American comedienne whose satirical comedy addresses social taboos and controversial topics.
The Marx Brothers -- An American family comedy act with Chico, Harpo, and Groucho.
Milton Berle -- Comedian who pioneered comedy/variety on television
Jack Benny -- Reknowned radio and TV comic

Directors and producers:
Steven Spielberg -- Director of films such as Saving Private Ryan & Schindler's List, Jurassic Park, E.T.,
Stanley Kubrick -- Director of 2001: A Space Odyssey, Clockwork Orange, The Shining, Full Metal Jacket, Spartacus
Mel Brooks -- Film director, producer, actor: Blazing Saddles, Young Frankenstein
Woody Allen -- Film Maker/Actor: Annie Hall, Bullets Over Broadway, Mighty Aphrodite, Antz
Roman Polanski -- Director, screenwriter, actor: Rosemary's Baby, Macbeth, Chinatown, Tess
Ben Stiller -- Director/Actor: Seinfeld, SNL, Reality Bites, Something About Mary, The Cable Guy
Aaron Spelling -- Produced Beverly Hills 90210, Melrose Place...
Oliver Stone -- Popular Director: The Doors, J.F.K., Heaven And Earth, Natural Born Killers

Artists:
Frida Kahlo- -- Mexican artist famous for vivid, surrealist self-portraits. Married to Diego Rivera.
Marc Chagall -- Painter, designer and graphic artist
Modigliani -- Artist whose elongated faces are reminiscent of African masks
Camille Pissarro -- Father of Impressionism

Politicians:
Golda Mabovitch (Golda Myerson, Golda Meir) - the fourth prime minister of the State of Israel.

Sumber:
Hakim Ma'ruf Bin Haji Abdul Kadir
Dr. Stephen Carr Leon
http://www.scientificpsychic.com/search/famous-jews
indahcumakhayalan.blogspot.com
Read More

Isnin, 28 Disember 2009

PEMBINAAN TAMADUN JEPUN SEHINGGA MELAHIRKAN TAMADUN JEPUN YANG MAJU

By With Tiada ulasan:
PENDAHULUAN
Gambatte! Gambatte! Acapkali perkataan ini diteriak dari mulut orang-orang Jepun terutamanya anak-anak muda Jepun apabila ingin memberi semangat kepada saudaranya yang sedang berusaha melakukan sesuatu. Itulah kunci kejayaan masyarakat Jepun! Saling memberi semangat dan sentiasa bekerjasama. Ketamadunan Jepun yang telah bermula sejak ribuan tahun dahulu merupakan asas kemajuan negara Jepun yang maju pada hari ini.

Ketamadunan Jepun yang pesat membangun seringkali dijadikan contoh oleh negara-negara membangun yang lain. Walaupun, Hiroshima dan Nagasaki telah dihancurkan dengan bom atom Amerika Syarikat, mereka mampu bangkit dengan masa yang singkat sehingga menjadi kuasa ekonomi unggul Asia.

Bagi memperhalusi lagi perbincangan kita tentang topik ini, marilah kita mendekati definisi-definisi kata kunci yang terdapat dalam perbincangan ini. Istilah tamadun berasal daripada perkataan Arab, iaitu ‘maddana’ yang bererti ‘kehalusan budi bahasa’ dan ‘kesopanan tingkah laku’. Tamadun juga membawa erti pembukaan bandar. Edward L. Farmers pula mendefinisikan tamadun sebagai satu unit budaya yang besar yang mengandungi norma-norma sosial, tradisi dan institusi yang dikongsi bersama dan diwarisi dari generasi ke generasi. Profesor Wan Hashim Wan Teh berpendapat bahawa perbezaan antara tamadun dengan budaya ialah tahap pencapaiannya. E.B Taylor, seorang ahli antropologi mendefinisikan tamadun sebagai merangkumi keseluruhan pencapaian manusia termasuk pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, undang-undang, adat dan keupayaan-keupayaan serta tabiat-tabiat lain yang didapati oleh manusia sebagai anggota masyarakat. Menurut Jacqueta Hawkes, tamadun merujuk kepada kualiti tinggi yang dimiliki oleh sesebuah masyarakat. Manakala seorang sejarawan materialis, Gordon Childe memberi penekanan kepada pencapaian material sebagai lambang ketamadunan sesebuah masyarakat.

Istilah Jepun pula secara umumnya merujuk kepada negara Jepun yang terletak di Timur Asia. Menurut CIA World Factbook yang dikeluarkan oleh CIA (Crime Investigation Agency/Agensi Penyiasatan Jenayah) Amerika Syarikat, istilah ‘Japan’ yang membawa maksud Jepun dalam bahasa Melayu merujuk kepada sebuah negara yang kedudukannya 36 00 U, 138 00 T dalam peta dunia dan berkeluasan 377, 835 kilometer persegi. Menurut laman web Wikipedia pula Jepun atau nama rasminya Nippon-koku atau Nihon-koku merupakan sebuah negara kepulauan yang terletak di Timur Asia.

Perkataan ‘maju’ pula menurut Kamus Dewan Edisi Baru membawa maksud bertambah baik keadaannya atau tinggi tamadunnya (peradabannya, taraf hidupnya, dll). Menurut Kamus Umum Bahasa Indonesia, perkataan maju membawa maksud melangkah ke depan, bertambah berhasil dalam mengembangkan perusahaan, lulus dalam ujian. Menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia pula, perkataan maju membawa maksud berjalan(bergerak) ke muka, tampil ke muka, mendesak ke depan (tentang persatuan), menjadi lebih baik (laku, pandai, dsb), berkembang.

GEOGRAFI, DEMOGRAFI DAN SEJARAH JEPUN
Jepun atau Nihon(Nippon) dalam bahasa Jepun dikenali secara meluas sebagai Tanah Matahari Terbit. Nihon sebenarnya bermakna asal matahari, iaitu matahari terbit. Jepun juga pernah dikenali sebagai Yamato. Nihon, telah diterima secara am sebagai nama untuk Jepun dan telah digunakan buat pertama kalinya oleh cendiakawan-cendiakawan Jepun. Orang-orang Korea yang telah ramai datang ke Jepun pada awal abad ke 7. Istilah Nippon telah digunakan dengan meluas semasa era Meiji (186-19120 dan Taisho (1912-1926). Selepas perang kedua, Nihon sebaliknya lebih banyak digunakan dirujukkan kepada Jepun.

Kepulauan Jepun terdiri daripada Honshu, Kyushu, Shikoku, Hokkaido dan pulau-pulau kecil yang berhampiran. Honshu, merupakan pulau yang terbesar dan menjadi tempat tinggal empat perlima daripada penduduk Jepun masa kini. Beberapa buah daripada bandar-bandar yang terbesar di Jepun, seperti Tokyo, Osaka, Kyoto, Nagoya, Yokohama, dan lain-lain terletak di pulau ini. Jepun adalah sebuah negara yang kekurangan kawasan-kawasan dataran, perairan, dan sungai-sungai yang panjang lebar. Bagaimanapun, oleh kerana kedudukannya di zon monsun, ia mendapat hujan dan kelembapan yang secukupnya dan dengan yang demikian ia kaya dengan tumbuh-tumbuhan. Secara am, iklimnya adalah sederhana, dan kempat-keempat musim, (bunga, panas, luruh, dan sejuk) adalah jelas berbeza.

Empat perlima daripada negara Jepun diliputi oleh kawasan pergunungan dan seperlima oleh dataran lanar. Antara dataran-dataran lanarnya ialah yang terkaya terletak di Honshu, terutamanya di sebelah kawasan timur Jepun. Ketiga-tiga dataran tersebut ialah Kanto(terletak di Tokyo), Kinai(terletak di teluk Osaka) dan yang ketiga terletak di Teluk Ise. Ketiga-tiga dataran ini mempunyai penduduk yang padat. Dataran-dataran tersebut amat penting dalam sejarah Jepun kerana ia merupakan kawasan-kawasan pengeluaran makanan dan juga sumber kekayaan dan kuasa utama. Oleh hal itu, dataran-dataran ini telah menjadi punca perselisihan dan persaingan di kalangan tuan-tuan tanah dan keluarga-keluarga feudal.

Orang-orang Jepun sebahagian besarnya berketurunan Mongoloid dan dengan itu mereka mempunyai pertalian rapat dengan orang-orang Cina, Korea, Thai, Burma dan lain-lain. Mereka berbadan sederhana dengan potongan muka yang berbentuk bujur serta rambut dan mata yang berwarna hitam. Orang-orang Jepun berketurunan Mongoloid ini telah sampai ke Kyushu melalui negara China dan kemudian berhijrah ke Honshu, Shikoku, dan Hokkaido. Orang-orang Jepun juga telah berkahwin campur bangsa Ainu.

Orang-orang Ainu merupakan bangsa proto-Caucasoid yang telah menduduki Jepun terlebih awal daripada orang-orang Mongoloid. Beberapa ahli antropologi telah menganggarkan bahawa orang-orang Ainu hidup di Jepun lebih kurang 5000 tahun yang lalu. Hasil-hasil penyelidikan arkeologi, misalnya pertukangan barang-barang tembikar, siput dan lain-lain, menunjukkan kewujudan suatu kebudayaan neolitik yang mungkin telah diteruskan oleh orang-orang Ainu. Apabila semakin ramai orang-orang Jepun (suatu proses yang telah berlanjutan sehingga abad ke-8 Tahun Masihi), orang-orang Ainu, telah berpindah ke utara ke Hokkaido. Dalam proses tersebut, ramai orang Ainu kini merupakan suku bangsa Jepun. Orang Ainu kini merupakan suatu bangsa yang sedang mengahadapi proses pemupusan dan mereka hidup dalam penempatan-penempatan kecil di Hokkaido.

Orang-orang Ainu merupakan salah satu penduduk yang paling awal mendiami Jepun. Pada asasnya mereka merupakan masyarakat primitif yang hidup memburu dan memungut makanan. Kemungkinan juga mereka telah menduduki beberapa ribu tahun yang lalu. Mereka juga telah memiliki kebudayaan yang meyerupai zaman neolitik. Orang-orang neolitik ini telah menggunakan alat-alat harian yang telah diperbuat daripada serpihan batu yang telah digilapkan, tulang ikan dan tanah liat.

Sejarah awal kebudayaan Jepun dikenali sebagai Jomon. Perkataan Jomon ini berasal daripada barang-barang yang telah direka oleh orang-orang Jepun dari tanah liat jenis Jomon. Pertukangan tembikar Jomon telah dijumpai di Jepun telah menunjukkan kehalusan seni dan corak-corak yang luar biasa. Hal ini menunjukkan bahawa penduduk asli Jepun telah mencapai taraf seni kebudayaan yang agak tinggi menjelang tahun 5000 SM.

Menjelang tahun 5000 SM, dipercayai suku kaum ini telah mengikut aliran hidup yang kolektif dan tetap tanpa jurang perbezaan antara miskin dan kaya. Mereka juga mempercayai suatu jenis kuasa ghaib. Hal ini boleh disimpulkan dari rupa-rupa patung patung dewi yang diperbuat daripada tanah liat dan gada-gada batu besar yang dipercayai mempunyai kaitan dengan ilmu sihir. Orang-orang yang sudah meninggal dikebumikan tanpa keranda, dengan tangan dan kaki dilipatkan dan kadangkala diletakkan sebuah batu yang besar di atas dada mereka supaya mereka tidak menjelma semula.

Pada hampir tahun 200 Sebelum Masihi, pengaruh kebudayaan dari negara China mula mengalir masuk ke Jepun. Dinasti-Han di negara China(206SM-24SM) mula menekankan pengaruhnya ke atas penduduk awal Jepun. Akibatnya masyarakat Jepun mula mengalami banyak perubahan. Seni berkebun dan membuat perkakas-perkakas tembaga dan besi serta periuk-belanga tembikar yang telah direka pada waktu itu iaitu dari zaman-prasejarah Jepun sehingga hampir abad ke-14 Masihi. Barang-barang tembikar ini telah dicirikan oleh garisan-garisan inrus dan corak-corak ibi mudah dan kemas.
Pertanian merupakan pekerjaan utama penduduk Jepun pada awal sejarahnya. Pada zaman pemerintahan Kamasura, Jepun telah memperlihatkan pertambahan hasil ekonomi. Pada abad ke-12 dan ke-13 Masihi, hasil pembuatan serta penggunaan alat-alat pertanian telah meningkat. Hal ini menyebabkan lebihan hasil pertanian. Justeru itu banyak bazar dan kedai telah didirikan. Penanaman padi diberikan penumpuan. Pada ketika ini, masyarakat Jepun juga menghasilkan tembikar daripada tanah liat sebagai tambahan kepada pendapatan yang sedia ada kerana sektor tanaman tidak dapat menampung semua penduduk yang tidak mempunyai pekerjaan disebabkan tanaman padi amat mudah terjejas dengan perubahan iklim. Selain hal itu perlombongan juga merupakan satu pekerjaan yang mendatangkan hasil yang lumayan ketika itu contoh hasil galian ketika itu ialah emas, perak, tembaga, merkuri dan timah. Pertukaran wang juga telah meningkat dengan pesat. Perkembangan ekonomi wang menyebabkan ramai pedagang melibatkan diri dalam perdagangan beras dan sake (sejenis arak yang dibuat daripada beras). Ekoran kegiatan perdagangan yang semakin berkembang, masyarakat Jepun telah melibatkan diri dalam bidang perindustrian sehinggalah ke hari ini.
Pada Zaman Meiji, pendidikan dan ilmu pengetahuan telah menjadi agenda penting untuk menandingi kuasa-kuasa Barat. Pemimpin Meiji sedar bahawa pelajaran penting untuk menjadi kuasa ekonomi dan militari termoden. Hal ini dilakukan dengan penyerapan teknologi pengetahuan dari negara-negara tersebut. Pelajaran juga dianggap sebagai kunci kunci untuk membina sebuah negara yang kukuh. Beratus-ratus penuntut dihantar ke luar negeri untuk mempelajari sains, pentadbiran dan teknik perindustrian Barat. Pada ketika ini, pakar-pakar teknologi Barat telah digaji untuk mengajar pelbagai kemahiran kepada rakyat Jepun. Pada tahun 1871, Kementerian Pelajaran di Jepun telah ditubuhkan manakala setahun kemudian, negara Jepun telah dibahagikan kepada lapan daerah pelajaran. Setiap daerah mempunyai sebuah universiti, 32 buah sekolah menengah dan 210 buah sekolah rendah. Kanak-kanak yang berusia enam tahun ke atas wajib menerima pelajaran sehingga 16 bulan. Menjelang tahun 1880, terdapat lebih 28 000 buah sekolah rendah dengan hampir dua juta orang murid. Walaupun Jepun telah bergelar negara yang membangun, namun Jepun tetap memberi tumpuan dan penekanan dalam bidang pendidikan. Ia merupakan salah satu daripada perkara penting selepas perlembagaan baharu dibentuk. Pendidikan moden di Jepun wujud selepas Pembaharuan Meiji dan tradisi pendidikan wajib serta pendidikan tinggi dibentuk pada tahun-tahun seterusnya. Walaubagaimanapun, sistem ini telah diubah selepas Perang Dunia Kedua, iaitu mengikut sistem pendidikan Amerika Syarikat.

FAKTOR KELAHIRAN TAMADUN JEPUN YANG MAJU
Kemajuan Jepun yang sangat pesat membangun membuatkan banyak negara beralih arah ke Jepun. Banyak negara menjadikan Jepun sebagai contoh dalam pembinaan negara bangsa mereka. Sebagai contoh pada tahun 1981, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Mahathir Mohamad telah mengasaskan Dasar Pandang ke Timur. Dasar ini menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai contoh utama dalam proses merealisasikan Wawasan 2020.

Pasti ramai tertanya-tanya apakah formula yang digunakan oleh masyarakat Jepun amnya dan para pemimpin Jepun khasnya dalam proses menjadikan Jepun sebuah negara yang pesat membangun dan maju di rantau Asia. Ramai para cendekiawan berpendapat bahawa aspek kerohaniaan iaitu agama dan falsafah telah menjadikan masyarakat Jepun sebagai sebuah masyarakat yang maju, rajin bekerja dan berdaya saing.

Dalam norma-norma hidup masyarakat Jepun, keluarga merupakan unit terpenting dalam masyarakat Jepun. Perhubungan ahli keluarga dikawal rapi oleh sistem hierarki yang tegas. Kuasa ibu bapa sangat kuat dan berpengaruh dalam pembentukan masyarakat Jepun. Oleh hal yang demikian unit keluarga merupakan lingkungan yang paling berkesan dan efektif dalam menyebar dan menyerap nilai-nilai rohani dan falsafah masyarakat Jepun dalam jiwa anak-anak muda Jepun. Nilai-nilai, konsep-konsep dan falsafah inilah yang menjadi mangkin kepada kemajuan Jepun pada hari ini.

Muraishiki yang bermaksud kesedaran sekampung merupakan salah satu intipati falsafah hidup masyarakat Jepun. Melalui nilai muraishiki ini, maka lahirlah pelbagai pola hidup, adat resam dan bahasa masyarakat Jepun. Nilai atau semangat muraishiki ini sama seperti semangat assabiyah yang terdapat dalam masyarakat Arab Jahiliyah yang mana mereka sangat taksub dengan masyarakat mereka atau dengan kata lain semangat kekitaan. Nilai muraishiki merupakan tunjang kepada semangat kejepunan masyarakat Jepun sehinggakan mereka curiga dengan orang asing.

Dewasa ini, nilai atau semangat murashiki sangat jelas dapat dilihat pada masyarakat Jepun. Sebagai contoh, mereka sangat mengagungkan bahasa mereka sendiri sehinggakan para pelancong yang datang ke Jepun terpaksa menggunakan khidmat pemandu pelancong untuk membantu mereka daripada masalah salah faham dengan penduduk tempatan. Para pelajar asing yang menyambung pelajaran mereka ke universiti-universiti jepun juga terpaksa mempelajari bahasa Jepun untuk memahami kuliah yang diberikan oleh pensyarah-pensyarah di sana. Hal inilah yang dikatakan semangat kejepunan. Mereka sangat mengagungkan bahasa dan budaya masyarakat mereka sehingga mereka mengamalkan dasar tutup pintu pada abad-abad sebelum tahun 1865.

Konsep konjo ga aru (mempunyai konjo) merupakan konsep yang digunakan untuk menanamkan semangat berjuang, kesanggupan keazaman, ketabahan dan keberanian. Seseorang yang mempunyai semangat konjo akan melaksanakan sesuatu pekerjaan walaupun banyak halangan yang ditempuhi. Halangan yang dihadapi oleh masyarakat Jepun bukanlah sesuatu yang dijadikan alasan sebagai kegagalan kepada sesuatu kejayaan, sebaliknya halangan tersebut dijadikan sebagai satu cabaran untuk mempertingkatkan usaha ke arah kejayaan. Konjo merupakan satu usaha tambahan selain kepakaran dan pengalaman yang menjadikan seseorang itu akan lebih baik daripada orang lain. Hal ini telah menjadikan masyarakat Jepun sebagai satu masyarakat yang rajin bekerja dan berusaha untuk mempertingkatkan hasil yang lebih produktif dan mengkagumkan.

Selain konsep muraishiki dan konjo ga aru, masyarakat Jepun juga sangat berpegang kepada konsep On. Konsep on merupakan satu kewajipan sosial dan psikologi apabila menerima pertolongan daripada individu lain. Perkataan on berasal daripada masyarakat pahlawan, yang dipercayai berasal daripada kisah ketua-ketua pahlawan menghadiahkan sebidang tanah kepada setiap para pengikutnya. Dalam masyarakat Jepun moden, mereka yang berkedudukan tinggi akan menjaga kewajipan orang bawahannya. Orang bawahan ini akan terasa terhutang budi (On) dan akan membalasnya dengan memberikan rasa hormat dan kesetiaan. “Oya no on” pula adalah rasa tanggungjawab kepada kedua ibu bapa dan ianya biasa dilaksanakan dengan cara menjaga kedua-dua mereka apabila mereka sudah tua.

Konsep Karuna merupakan satu konsep kasih sayang sesama makhluk yang menjadi pegangan masyarakat Jepun. Masyarakat Jepun amat mementingkan nilai-nilai kasih sayang dalam kehidupan seharian mereka. Konsep ‘karuna’ ini diperkenalkan di Jepun memandangkan Jepun pada suatu masa dahulu seringkali terlibat dalam banyak peperangan dalam negeri. Melalui konsep ‘karuna’ ini, pihak yang menang dalam sesuatu peperangan seharusnya mengadakan suatu upacara untuk memohon doa semoga roh mereka yang terkorban sama ada daripada pihak kawan mahupun pihak lawan. Mereka mengharapkan agar roh-roh mereka yang terkorban ini berada dalam keaddan yang sejahtera. Ajaran ini telah dipraktikkan oleh salah seorang panglima tentera Jepun yang terkenal, iaitu Hojo Tokimura. Beliau telah mengadakan upacara tersebut sebaik sahaja tentera Jepun berjaya mengalahkan tentera Monggol pada akhir kurun ke-14 Masihi. Upacara yang sama juga telah diadakan semasa peperangan Jepun melawan Rusia (1904-1905). Tentera Jepun telah memohon restu semoga roh mereka-mereka yang telah gugur di medan perang senantiasa aman dan sejahtera. Falsafah ini telah turut mendominasi masyarakat Jepun yang telah menyerap kebudayaan dan tradisi masyarakat Jepun.

Selain faktor falsafah, faktor lain yang menjadi pemangkin kepada kejayaan tamadun Jepun ialah rangsangan keagamaan dan kerohaniaan. Sejak sekian lama, ajaran agama Shinto menjadi tulang belakang kepada asas kerohanian masyarakat Jepun. Ajaran agama ini telah menjadi amalan masyarakat Jepun sejak ribuan tahun dahulu. Namun pada hujung kurun ke-16, agama Buddha telah meresap ke dalam masyarakat Jepun dan berkembang dengan meluas kerana mendapat sokongan daripada Putera Shotoku yang memerintah ketika itu. Putera Shotoku merupakan orang pertama yang mempelbagaikan kehidupan masyarakat Jepun dengan pemikiran dunia Buddha. Kemasukkan agama Buddha ke Jepun dibuktikan dengan pembinaan sebuah patung Buddha yang amat besar bernama Gakku Busatsa yang dibuat daripada tembaga dan memerlukan raqmai tenaga buruh untuk membinanya.

Selain Shinto dan Buddha, masyarakat Jepun juga menerima kemasukkan ajaran Kung Fu-Tze atau Confucius. Ajaran confucius telah mempengaruhi pemikiran orang Jepun melalui lima prinsip yang menjaga hubungan sesama manusia iaitu:-
(a) Hubungan raja dengan rakyat.
(b) Hubungan anak lelaki dengan ayah.
(c) Hubungan adik dengan abang.
(d) Hubungan isteri dengan suami.
(e) Hubungan kawan dengan kawan.

Prinsip-prinsip tersebut telah berjaya melahirkan rakyat Jepun yang mempunyai semangat patriotik dan cintakan negaranya. Hal ini membawa kepada semangat berani mati dan mereka beranggapan bahawa Maharaja Jepun merupakan wakil Tuhan. Oleh hal itu, rakyat perlu taat dan setia kepada maharaja dan memastikan supaya kedudukan maharaja sentiasa terpelihara.

Faktor ketiga kepada kemajuan tamadun Jepun ialah dari aspek pendidikan. Sistem pendidikan di Jepun telah dimantapkan sejak Zaman Nara lagi. Pada zaman ini, kemasukan tulisan Cina berkembang luas dengan pengubahsuaian dilakukan. Oleh hal itu, sistem pendidikan amat dititikberatkan apabila masyarakat Jepun digalakkan belajar, walaubagaimanapun kaum wanita tidak dibenarkan belajar. Selain hal itu, Maharaja Temmu juga telah mengarahkan penulisan dua buah buku iaitu Kojiki dan Nihonshoki. Zaman Nara juga dikatakan mempunyai kesusasteraan yang hebat dengan penulisan sebuah buku bertajuk Genji Manogatari yang telah ditulis oleh seorang wanita bernama Murasaki Shikibu. Pada zaman Heian, keluarga Fujiwara terkenal dengan peranannya yang memperkenalkan adat memuliakan pelajaran dan ilmu serta cintakan kesenian dalam masyarakat Jepun. Terrakoya atau sekolah rakyat telah didirikan hampir 60 000 buah pada zaman Keshogunan Tokugawa. Antara subjek-subjek yang diajar di terrakoya ialah ajaran confucius, buku-buku klasik Cina, seni lukis, ukiyo-e, puisi, sastera, kabuki, No, Kyogen dan sebagainya.

Maharaja Meiji, yang terkenal dengan sumbangannya dalam pemodenan Jepun telah menyedari kepentingan pendidikan dalam proses pembinaan tamadun yang maju dan dihormati. Maharaja Meiji menyedari bahawa pentingnya mencari ilmu, terutamanya untuk menjadikan kuasa ekonomi dan militari termoden. Menjelang bulan Jun 1968, Meiji memberikan kebebasan kepentingan mencari ilmu pengetahuan khususnya dari barat. Oleh hal yang demikian, Jabatan Pelajaran tekah ditubuhkan pada tahun 1871 dan menekankan aspek pendidikan awal dan menengah. Pada tahun 1872 pula Jepun dibahagikan kepada lapan kawasan pelajaran. Setiap kawasan pelajaran mempunyai sebuah universiti, 32 sekolah menengah dan 210 sekolah rendah. Kanak-kanak berusia enam tahun ke atas menerima pelajaran wajib selama 16 bulan. Menjelang tahun 1880, terdapat lebih kurang 28 000 buah sekolah rendah dengan jumlah murid hampir dua juta orang. Keadaan ini menyebabkan majoriti rakyat Jepun celik huruf dan cekap dalam bidang teknikal serta bersedia menerima pembangunan.

Universiti Diraja Tokyo ditubuhkan pada tahun 1886 manakala menjelang tahun 1910, beberapa buah universiti diraja ditubuhkan di Sapporo, Kyoto dan Fukuoka. Seluruh sistem pelajaran tertakluk kepada keperluan negara yang menuntut rakyat menjadi warganegara yang terlatih dan berdisiplin. Perintah Diraja mengenai pelajaran dikeluarkan pada tahun 1890 yang menghuraikan mengenai kepatuhan dan penghormatan kepada maharaja harus ditetapkan di dalam kurikulum sekolah dan institusi pengajian tinggi di Jepun. Walaupun Jepun sudah bergelar sebagai sebuah negara maju, namun Jepun tetap memberi penekanan dan tumpuan dalam bidang pendidikan. Hal ini merupakan salah satu daripada perkara penting selepas perlembagaan baharu dibentuk. Pendidikan moden wujud di Jepun selepas Pembaharuan Meiji dan tradisi pendidikan wajib serta pendidikan tinggi dibentuk dalam tahun-tahun seterusnya. Walaubagaimanapun, sistem ini telah diubah selepas Perang Dunia Kedua, iaitu mengikut sistem yang berasaskan sistem Amerika Syarikat. Kejayaan sistem pendidikan Jepun dibuktikan melalui hasil kajian yang telah dijalankan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menunjukkan kadar celik huruf di Jepun ialah 99%! Pada tahun 2003, OECD telah mengeluarkan satu laporan yang bertajuk ‘OECD PISA 2003 report’ yang mengukur tahap kecerdasan kemahiran membaca dan subjek sains pada kanak-kanak diseluruh dunia. Dalam subjek sains, kanak-kanak Jepun telah menduduki tempat ke dua dibelakang Finland dengan mata sebanyak 548. Dalam kemahiran membaca pula, kanak-kanak Jepun menduduki tempat ke-13. Laporan ini membuktikan bahwa sistem pendidikan Jepun amat berkesan dan merupakan faktor kepada kemajuan tamadun Jepun.

Kesengsaraan dan tekanan hidup serta ancaman luar yang kritikal pada masa-masa dahulu menjadi pemangkin kepada kemajuan negara Jepun pada hari ini. Tekanan dan kesengsaraan hidup melonjakkan kegigihan dan solidariti masyarakat untuk mengatasinya. Cuaca yang sukar diramal, peperangan yang sering berlaku, kekurangan tanah pertanian, ancaman kebuluran, bencanan alam yang dahsyat, kemarau dan wabak penyakit menjadikan masyarakat Jepun sebuah masyarakat yang kental, rajin bekerja, berdikari dan mempunyai daya toleransi dan asimilasi yang positif terhadap elemen budaya asing.

Contoh yang paling terkenal untuk diambil ialah peristiwa pengeboman Horishima dan Nagasaki pada masa-masa Perangan Dunia ke-2. Masyarakat Jepun tidak lemah, sebaliknya mereka bangkit semula dan melakukan loncatan jauh yang membuatkan mereka berjaya meninggalkan ramai negara yang lebih tua daripada mereka ke belakang.

RUMUSAN
Jepun merupakan kuasa yang kuat di seluruh Asia dan juga diperingkat antarabangsa dari segi ekonomi. Perkembangan pesat dalam pelbagai bidang membawa perubahan dalam beberapa aspek. Perkembangan teknologi dan maklumat mendedahkan masyarakat Jepun kepada dunia luar yang mengakibatkan penerapan nilai-nilai dan unsur-unsur lain dalam peradapan indigenusnya. Namun, masyarakat Jepun masih mengekalkan banyak aspek yang menjadi tradisi dan identiti bansa Jepun.
Agama yang menjadi pegangan hidup kepada masyarakat Jepun, walaupun mengalami evolusi-evolusi tertentu, masih mengekalkan kebanyakkan nilai asalnya. Agama Shinto merupakan agama kebangsaan yang melambangkan identiti bangsa Jepun. Selain hal itu, agama lain seperti Buddhisme juga turut berasimilasi dengan unsur asal Jepun dan seterusnya berkembang ke seluruh Jepun. Aspek agama mengalami perubahan yang paling kecil jika dibandingkan dengan aspek-aspke lain. Dari segi sosial pula, sesuatu yang menjadi warisan turun-temurun ialah bahasa dan tulisan Jepun. Bangsa Jepun amat mementingkan bahasa kebangsaannya kerana semangat nasionalismenya dan perpaduan bangsa yang tinggi. Hal ini jelas kelihatan pada hasil keluaran barangan Jepun dan sistem pendidikan Jepun.

Walaupun struktur sosial Jepun mengalami perubahan yang ketara, terutama penghapusan sistem feudal. Namun, kedudukan Maharaja Jepun masih dikekalkan kerana beliau dianggap keturunan dewa. Sukan-sukan seperti judo, kendo dan kyudo merupakan aspek yang tidak mengalami pembaharuan besar. Sehingga kini, sukan-sukan ini masih dipraktikkan dengan giat dan melambangkan identiti bangsa Jepun. Selain hal itu, perayaan-perayaan penting tidak kira kategori agama atau sosial juga dikekalkan.

Aspek ekonomi mengalami perkembangan yang paling ketara, iaitu daripada negara yang berlandaskan sumber semulajadi kepada perindustrian moden. Namun, pertanian masih mempunyai kepentingannya dalam ekonomi Jepun. Selain ekonomi, kebanyakkan unsur tradisi masyarakat Jepun masih dikekalkan. Perubahan yang berlaku hanya sekadar menyesuaikan tradisi lama supaya setimpal dengan perkembangan zaman. Evolusi ini seolah-olah mewarnakan tradisi dengan unsur baharu.
Oleh hal yang demikian, masyarakat Malaysia seharusnya mengambil nilai-nilai dan unsur-unsur positif untuk dijadikan amalan hidup selagi unsur-unsur dan nilai-nilai tersebut tidak melanggar garis panduan agama yang dianuti oleh masyarakat Malaysia, jika Melayu agamanya tentulah Islam dan sebagainya. Diharapkan dengan asimilasi budaya Jepun ini, cita-cita Wawasan 2020 akan dapat direalisasikan demi melakukan tranformasi ke arah sebuah negara Islam yang maju dan sebuah peradaban ketamadunan Malaysia yang maju dan disanjung masyarakat sekeliling.
Jepun merupakan antara negara Asia yang maju dan setanding dengan negara barat. Apa yang penting ialah kegigihan masyarakat Jepun membangunkan negara dan ekonomi mereka perlu dijadikan contoh kepada negara Asia yang lain. Ini selari dengan apa yang digariskan oleh Al-Quran iaitu ...”Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri…..”.




Bibliography

Ahmad Yahya, N. A. (2009). Keagungan Tamadun Islam : Sejarah yang Digelapkan. Kuala Lumpur: Anbakri Publika.
Americana Corporation. (1829). Encyclopedia Americana, Volume 15. New York: Americana Corporation.
Amienerev, D. (n.d.). Blogspot. Retrieved from http://dukeamienerev.blogspot.com
Aros, A. H. (2004). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) Kertas 1 & 2. Shah Alam: Oxford Fajar.
Bordewich, F. (September 2005). Top of the Class. Reader's Digest , 58-64.
Dewan Bahasa dan Pustaka. (1998). Ensiklopedia Bahasa Utama Dunia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dewan Bahasa dan Pustaka. (1989). Kamus Dewan Edisi Baru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Japan. (n.d.). Retrieved February 2009, from Wikipedia: http://en.wikipedia.org/wiki/Japan
Pyle, K. B. (1988). Generasi Baru Zaman Meiji. Jakarta: PT Granedia.
Sivachandralingam Sundara Raja, A. L. (1999). Tamadun Dunia. Bangi: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
TV3. (n.d.). VCD Koleksi Kenangan Mahathir. Kuala Lumpur.
Read More

Rabu, 24 Disember 2008

Menyorot Kembali Sejarah Perkahwinan

By With Tiada ulasan:
Semua orang mahu kahwin. Tiada siapa yang tidak mahu berkahwin. Mungkin ada juga golongan-golongan tertentu yang tidak mahu berkahwin atau tidak percaya kepada perkahwinan tetapi mereka adalah golongan minoriti yanh menyimpang daripada norma-norma kehidupan masyarakat dunia. Semua bangsa di atas muka bumi ini mempunyai tradisi dan adat istiadat untuk mengadakan majlis perkahwinan. Hal ini membuktikan perkahwinan merupakan sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia dan merupakan kemuncak kehidupan seseorang. Perkahwinan pada kebiasaannya akan menghasilkan zuriat. Banyak atau sikit terpulang kepada individu masing-masing.
Usia yang ideal bagi seseorang untuk berkahwin adalah sangat subjektif. Hal ini berubah mengikut arus zaman dan kehendak kemajuan sesuatu bangsa. Masyarakat Melayu contohnya, pada dekad-dekad 60 an dan ke atas anak-anak gadis akan dikahwinkan dengan seorang jejaka pilihan keluarga. Si gadis tidak akan mempersoalkan tindak-tanduk keluarga mereka kerana mereka percaya bahawa pilihan keluarga adalah yang terbaik. Mereka juga tidak mempunyai sifat berdikari yang tinggi kerana mereka bergantung harap sepenuhnya kepada keluarga mereka. Soal kehidupan mereka diserahkan bulat-bulat kepada ibu dan ayah mereka. Untuk peringkat seterusnya kehidupan mereka akan diserahkan sepenuhnya kepada keluarga untuk memilih bakal suami mereka. Dan begitulah seterusnya apabila mereka telah berkahwin mereka serah bulat-bulat kehidupan mereka kepada suami mereka. Kebiasaannya mereka tidak kenal siapa bakal suami mereka. Malah tidak pernah melihat muka bakal suami mereka sehinggalah tiba hari pernikahan.
Pepatah ‘perigi cari timba’ jelas menunjukkan kekangan kepada si gadis untuk memilih bakal suami mereka. Jika mereka cuba untuk memilih bakal suami mereka sendiri mereka akan dilabelkan sebagai perigi cari timba. Hal ini sangat kontra dengan kisah perkahwinan Nabi Muhammad. Nabi Muhammad yang berkahwin dengan Siti Khadijah adalah hasil usaha Siti Khadijah yang meminang Nabi Muhammad. s.a.w. Oleh itu tidak timbul istilah perigi cari timba dalam kamus kehidupan Islam. Dalam al-Quran sendiri tidak terdapat pengharaman tentang si gadis yang memilih calon suami atau wanita yang meminang bakal suami. Hanya dalam kehidupan masyarakat Melayu hal ini menjadi sangat janggal hinggalah ke hari ini. Hal ini membawa kepada kahwin muda yang anak gadis yang baru berusia belasan tahun dikahwinkan oleh keluarga mereka dengan lelaki pilihan keluarga.
Selepas dekad-dekad 60 an, iaitu berbelas tahun selepas Malaysia merdeka, kaum hawa di Malaysia mula mengorak langkah mengubah cara tradisi melangkah ke alam perkahwinan daripada berkahwin dengan lelaki pilihan keluarga kepada berkahwin dengan lelaki pilihan sendiri. Gerakan kepada perubahan ini dipanggil ‘Feminisme’ dan dikatakan gerakan ini bermula di Great Britain dan menular masuk ke Malaysia selaras dengan pendudukan semula Inggeris ke Tanah Melayu selepas pengunduran tentera Jepun. Kaum wanita mula berdikari dan percaya kepada kebolehan diri sendiri. Maka muncullah ramai pekerja-pekerja wanita yang mengisi pelbagai profesion dalam pelbagai lapangan daripada guru di sekolah hinggalah kepada pemandu bas. Menikut statistik yang telah dikeluarkan sebuah badan bertanggungjawab, 60 peratus profesion keguruan telah diisi oleh guru wanita. Malah kuota pengisian graduan di universiti awam terutamanya diisi sehingga 70 peratus kaum hawa.
Masalah lain pula mula timbul apabila ramai wanita tidak berkahwin sehingga ke usia tua. Melalui beberapa kajian yang telah dijalankan oleh badan-badan saintifik antarabangsa mahupun jabatan-jabatan berkaitan di seluruh dunia telah merumuskan pelbagai kesimpulan terhadap masalah ini. Pertama kaum wanita terlalu terpengaruh dengan novel-novel cinta atau filem-filem romantik yang terdapat di pasaran. Mereka terlalu mencari lelaki yang sempurna atau ‘Mr. Perfect’ seperti mana yang banyak terdapat perannya dalam filem-filem romantik. Mereka mahupan ‘Mr. Perfect sedangkan mereka tidaklah sesempurna mana. Mereka lupa bahawa tidak wujud manusia yang sempurnapun di dunia ini.
Masalah kedua wujud akibat terlalu ramai wanita di universiti awam telah merancakkan sistem pengajian tinggi di negara. Akibat terlalu asyik belajar dan terlalu komited dalam pelajaran mereka, mereka lupa bahawa mereka adalah seorang manusia yang berjantina wanita dan perlu berkahwin. Malah ramai juga yang telah menetapkan pelbagai target untuk berkahwin. Contohnya,’aku akan berkahwin bila aku sudah membuat PhD nanti’ atau ‘aku akan berkahwin bila aku sudah dapat ijazah sarjana nanti’. Masalah yang ketiga berlaku dalam lingkungan wanita yang berkerjaya. Gerakan ‘feminisme’ telah membawa kepada ramai wanita yang tidak mempercayai kepada perkahwinan. Wanita berkerjaya ini terlalu asyik dengan kerja mereka sehinggakan lupa untuk mencari teman hidup.
Selepas zaman millenium, kerancakkan modenisasi yang bertunjangkan globalisasi telah mengubah sekali lagi teras kepada sistem mencari pasangan bagi wanita di Malaysia terutamanya. Kemasukkan banyak anasir-anasir hitam terutamanya porno dan segala macam benda yang tidak elok telah mengubah pemikiran anak-anak gadis. Hari ini, tradisi kahwin muda yang diwujudkan oleh orang-orang terdahulu kembali lagi tapi dalam bentuk yang dahsyat. Lazimnya, anak-anak gadis sekarang berkahwin awal kerana telah terlanjur dengan kekasih hati mereka. Tidak kurang juga yang sudah tidak tahan lagi untuk berkahwin denga kekasih hati mereka.
Masalah lain pula timbul apabila ramai anak-anak gadis kahwin muda. Istilah darah panas sering digambbarkan kepada anak-anak muda. Anak-anak muda yang berkahwin awal dan darahnya masih panas selalu membawa kepada pergaduhan dan perceraian. Tidak kurang juga kes penderaan rumah tangga. Akibat tekanan kerja, si suami membawa pulang masalah yang merunsingkan kepala dan dilepaskan kepada isteri mereka. Si isteri yang baharu berusia belasan tahun, teruk menerima penderaan dan akhirnya membawa kepada penceraian atau kematian.
Konklusinya, perkahwinan merupakan sesuatu yang diperlukan oleh setiap insan. Cara atau langkah yang digunakan juga berbeza mengikut perubahan zaman dan waktu. Oleh hal itu tidak salah kiranya jika kita mengamalkan tradisi yang telah menjadi amalan nenek moyang kita iaitu berkahwin muda asalkan masing-masing sudah mampu untuk memikirkan tentang tanggungjawab masing-masing. Isitilah perigi cari timba seharusnya dihapuskan dalam kamus kehidupan masyarakat Malaysia dan disimpan sahaja di dalam ensiklopedia masyarakat Malaysia kerana peribahas ini sudah tidak relevan lagi untuk diamalkan pada masa sekarang.
Read More

Sejarah perkembangan ejaan bahasa Melayu sebelum kurun ke-19

By With Tiada ulasan:
Sebelum abad ke-19, sistem ejaan bahasa Melayu banyak dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit dan bahasa Arab. Hal ini dapat dibuktikan berdasarkan kepada batu-batu bersurat yang ditemui di sekitar Nusantara yang menggunakan bahasa Melayu sebagai medium untuk menyampaikan maklumat. Oleh hal yang demikian, untuk mengkaji sistem ejaan bahasa Melayu sebelum kurun ke-19 eloklah dikaji berdasarkan batu-batu bersurat tersebut.
Antara batu-batu bersurat tersebut ialah batu bersurat yang bertarikh 683 masihi. Batu bersurat itu ialah Batu Bersurat Kedukan Bukit yang dijumpai di Palembang. Seterusnya Batu Bersurat Talang Tuwo yang bertarikh 684 masihi. Diikuti oleh Batu Bersurat Karang Berahi yang di jumpai di Sg. Merangin, Hulu Sg. Jambi bertarikh 686 masihi. Batu bersurat yang bertarikh 686 masihi iaitu Batu Bersurat Kota Kapur di jumpai di Bangkahulu. Di ikuti Batu Bersurat Kertanagara pada tahun 1285 masihi. Batu Bersurat Pagar Ruyong pula bertarikh 1356 masihi. Batu bersurat yang terakhir telah dijumpai bertarikh 1375 masihi iaitu Batu Bersurat Surawasa yang dijumpai di Hulu Sg. Batang hari.
Bagi mengkaji dengan lebih terperinci bentuk dan sistem ejaan bahasa Melayu sebelum kurun ke-19 terutamanya bahasa Melayu kuno, berikut ditunjukkan teks tulisan yang dijumpakan pada batu bersurat tertua iaitu batu bersurat Kedukan Bukit yang dijumpakan di Palembang. Antara ayat yang terdapat pada teks pada batu bersurat tersebut adalah itu ialah ‘Swasti Shri’ yang bermaksud selamat dan bahagia. ‘Shokawarsatito 605 Ekadoshi’ pula bermaksud dalam syaka 605, pada sebelas. ‘Shuklapaksa Wulan Waishokha Dapunta’ telah diberi makna sebagai hari bulan terang dari bulan. ‘Hiyang naik disambau mengalap Siddhayantra’ pula bermaksud waisyakha Baginda naik kapal mencari untungnya. ‘Di Sartami Shuklapaksa Wulan’ bermaksud pada tujuh hari bulan terang dari bulan. ‘Jyestha dapunta hiyang marlapus dari Minanga Tamwan’ membawa maksud Jyestha Baginda berangkat dari muara Tamvan (Tamvar?).
Mamawa jang bala dua laksa’ pula bermaksud membawa bala dua laksa. ‘Dangan…. dua ratus’ pula di maknakan dengan dengan...dua ratus. ‘Tsyara disambau dangan jalan’ pula dimaksudkan dengan pawang di kapal yang jalan kaki. Manakala ‘Saribu tlu ratus sapuloh dua’ bermaksud seribu dua ratus tiga belas. ‘Datang Di matajap’ bermaksud datang di Matajap (Mataya). ‘Sukhotshitta’ bermaksud sukacita. ‘Di pantshami shluklapaksa Wulan’ bermaksud pada lima hari bulan terang dari bulan. ‘…..loghu mudik datang’ bermaksud belajar mudik datang. ‘Marwuat manuo…Syriwijaya’ bermaksud membuat benua … Sriwijaya’. ‘Jayasiduhayatia subhiksa’ pula di maksudkan dengan kota yang jaya, yang bahagia, dan yang makmur.
Ismail Hamid dalam bukunya Masyarakat dan Budaya Melayu merumuskan bahawa tidak terdapat letupan bilabial bersuara tetapi digunalkan vokal bilabial, misalnya perkataan wulan (bulan), wanyak (banyak) dan wuat (buat) dalam teks yang ditemukan pada batu bersurat tersebut. Kedua, huruf e pepet tidak digunakan atau ditulis dengan vokal a, misalnya dengan ditulis dngan atau dangan. Ketiga awalan ber- ditulis dalam bahasa Melayu kuno dalam bentuk mar-, misalnya marlepas (berlepas) dan marwat (berbuat).Keempat, awalan ni- dahulu adalah sama dengan awalan di- sekarang misalnya niparwat (diperbuat) dan nikenai (dikenai). Jadual di bawah menunjukkan perbandingan antara ejaan pada Batu Bersurat Kedukan Bukit dengan ejaan bahasa Melayu moden.
Secara amnya, teks pada batu-batu bersurat membuktikan perkataan bahasa Melayu kuno banyak dipinjam dari bahasa Sanskrit. Tulisan pada batu bersurat ini menggunakan tulisan Kawi dan Nogori yang berasal dari Pallava di India. Namun pada kurun ke-13 & ke-14, tulisan bahasa Melayu telah menggunakan huruf arab yang dikenali sebagai tulisan jawi. Hal ini dapat dibuktikan dengan terjumpanya batu bersurat Kuala Berang.
Huruf-huruf jawi terdiri daripada 29 huruf-huruf arab dan 5 huruf yang dicipta oleh orang Melayu. Ejaan-ejaan jawi telah disesuaikan dengan lidah orang melayu. Menurut Prof. S.M Naquib Al-Attas, 5 huruf tersebut ialah ‘ca’, ‘nga’, ‘pa’, ‘ga’, dan ‘nya’. Menurut Omar Awang pula huruf ‘ca’ dan ‘ga’ diambil dari huruf parsi.
Bermula kurun ke-16, rujukan tentang ejaan bahasa Melayu telah diperkaya oleh sarjana asing dan tempatan. Pada1521, Pigafetta, seorang kelasi Itali telah berlayar bersama dengan Magellan dan singgah di Pulau Tidora dan menyusun daftar kata Melayu-Itali iaitu daftar kata bahasa Melayu tertua.
Pada 1603 pula, Spraeck Ende Wood, gabenor Belanda di Ambon telah menerbitkan ‘Book in do Malaysche ende Madagaskar Talen o Frederick De Houtman. Buku ini ditulis dalam bahasa Belanda dan mengandungi senarai BM dan Madagascar. Tun Seri Lanang telah merawikan Sejarah Melayu pada 1612.
Pada 1613, Paderi Dovie Haex telah menyusun sebuah kamus Melayu-Latin dan Latin-Melayu untuk tujuan penyebaran agama kristian. Kamus ini dikenali sebagai Pretionarium Malaicum-Latinum et Latinum. Kamus ini juga membicarakan tentang tatabahasa misalnya imbuhan meN-, peN-, beR-, dan sebagainya. Kamus Belanda-Melayu dan Melayu-Belanda telah ditulis oleh Caspar Wittans dan Sebastian Danckaerts di The Hague 1623.
Read More
Flag Counter
Home About-us Privacy Policy Contact-us Services
Copyright © 2014 GobokGuru | All Rights Reserved. Design By Blogger Templates | Free Blogger Templates.