Home About-us Privacy Policy Contact-us Services

Ahad, 5 Februari 2017

Sukaneka

ad+1


Aktiviti sukaneka merupakan antara aktiviti yang sering diselitkan dalam mana - mana program yang melibatkan kanak - kanak mahu pun orang dewasa bagi menimbulkan unsur keseronokan dan menyemarakkan nilai - nilai bekerjasama serta bersaing secara sihat. Aktiviti sukaneka boleh dijalankan di kawasan yang lapang seperti di padang, gelanggang, tepi pantai mahu pun di dalam kawasan tertutup berbumbung yang tidak sempit.Berikut merupakan antara antara contoh aktiviti sukaneka yang boleh dijalankan; 

Radio Karat 
  • Peserta beratur dalam kumpulan masing - masing iaitu dalam satu barisan panjang ke belakang.
  • Ketua kumpulan akan ke hadapan untuk mendapatkan informasi.
  • Apabila wisel dibunyikan, ketua kumpulan akan kembali ke kumpulannya dan membisikkan informasi yang diterima tadi kepada rakan di belakangnya (peserta ke 2). 
  • Peserta ke 2 seterusnya perlu membisikkan informasi tadi kepada peserta ke 3 yang berada dibelakangnya dan seterusnya sehingga peserta terakhir.
  • Peserta terakhir perlu menulis maklumat yang diterimanya dan diserahkan kepada pengadil. 

Contoh ayat; 
kakiku kaku di kekah 
kera kampung kemat kontot

Pahlawan Belon
  • Satu kawasan permainan ditentukan. 
  • Peserta mengikat belon pada kaki mereka dengan syarat ikatan tersebut berada di bawah buku lali mereka. 
  • Masa permainan ditentukan kepada 2 hingga 3 minit. 
  • Apabila masa dimulakan, peserta perlu memecahkan belon peserta dari pihak lawan.
  • Apabila masa ditamatkan, kumpulan dengan peserta teramai yang belonnya belum pecah dikira sebagai pememnang. 

Peralatan;
belon
tali rafia 
wisel

Timbang buku
  • Peserta berada dalam kumpulan masing - masing..
  • Apabila masa dimulakan, peserta pertama perlu berjalan ke skittle dengan meletakkan buku di atas kepalanya.
  • Setelah sampai di skittle, peserta perlu menarik bola dengan menggunakan gelung rotan. 
  • Jika buku jatuh, peserta perlu mula semula dua langkah ke belakang dari tempat buku tersebut jatuh.
  • Kumpulan yang kesemua pesertanya selesai dahulu akan dikira sebagai kumpulan yang menang. 

Peralatan; 
buku
skittle 
gelung rotan
bola

Lebuhraya bola 

  • Peserta berada dalam kumpulan masing - masing. 
  • Setiap peserta dibekalkan dengan sehelai kertas bersaiz A4. 
  • Apabila masa dimulakan, kesemua peserta perlu berpakat untuk membina lebuhraya tanpa perlu menyentuh lantai atau tanah atau menggunakan apa - apa alatan lain dan menggerakkan bola dari hadapan ke belakang. 
  • Jika bola jatuh, bola perlu diletakkan semula di hadapan iaitu pada peserta yang pertama.
  • Kumpulan yang berjaya menggerakkan bola dari hadapan ke belakang dan ke hadapan semula paling pantas akan dikira sebagai pemenang. 
Peralatan; 
kertas A4
bola ping pong
wisel 

0 comments:

Catat Ulasan

Flag Counter
Home About-us Privacy Policy Contact-us Services
Copyright © 2014 GobokGuru | All Rights Reserved. Design By Blogger Templates | Free Blogger Templates.