Home About-us Privacy Policy Contact-us Services

Memaparkan catatan dengan label MATEMATIK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MATEMATIK. Papar semua catatan

Khamis, 2 Februari 2017

Buku & Modul Panduan Guru Bahasa Melayu/Malaysia KSSR

By With Tiada ulasan:
Berikut dilampirkan buku dan modul panduan guru bagi subjek Bahasa Malaysia/Melayu untuk KSSR; 


BUKU PANDUAN GURU BAHASA MALAYSIA 
(Sekolah Kebangsaan) 
TAHUN 1
[Terbitan 2010]
↡ ↡ ↡ ↡ ↡ ↡ ↡ ↡ ↡ ↡ ↡
Muat turun di sini




BUKU PANDUAN GURU BAHASA MALAYSIA 
(Sekolah Kebangsaan) 
TAHUN 2
[Terbitan 2011]
↡ ↡ ↡ ↡ ↡ ↡ ↡ ↡ ↡ ↡ ↡
BUKU PANDUAN GURU BAHASA MALAYSIA 
(Sekolah Kebangsaan) 
TAHUN 3
[Terbitan 2012]
↡ ↡ ↡ ↡ ↡ ↡ ↡ ↡ ↡ ↡ ↡
BUKU PANDUAN GURU BAHASA MALAYSIA 
(Sekolah Kebangsaan) 
TAHUN 4
[Terbitan 2013]
↡ ↡ ↡ ↡ ↡ ↡ ↡ ↡ ↡ ↡ ↡




BUKU PANDUAN GURU BAHASA MALAYSIA 
(Sekolah Jenis Kebangsaan) 
TAHUN 4
[Terbitan 2013]
↡ ↡ ↡ ↡ ↡ ↡ ↡ ↡ ↡ ↡ ↡



BUKU PANDUAN GURU BAHASA MALAYSIA 
(Sekolah Kebangsaan) 
TAHUN 5
[Terbitan 2014]
↡ ↡ ↡ ↡ ↡ ↡ ↡ ↡ ↡ ↡ ↡



MODUL PENGAJARAN BAHASA MALAYSIA 
(Sekolah Kebangsaan) 
TAHUN 6
[Terbitan 2015]
↡ ↡ ↡ ↡ ↡ ↡ ↡ ↡ ↡ ↡ ↡
Muat turun di sini



MODUL PENGAJARAN BAHASA MALAYSIA 
(Sekolah Jenis Kebangsaan) 
TAHUN 6
[Terbitan 2015]
↡ ↡ ↡ ↡ ↡ ↡ ↡ ↡ ↡ ↡ ↡
Buku Panduan Guru dan Modul Pembelajaran yang lain akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Jangan lupa follow post ini. 


Read More

Isnin, 23 Januari 2017

Miskonsepsi pelajar dalam mempelajari topik - topik statistik

By With Tiada ulasan:
Miskonsepsi merupakan salah satu masalah yang sering mengganggu proses pembelajaran pelajar. Hal ini sebenarnya tidak disedari oleh pelajar melainkan gurulah yang berperanan sebagai pemudah cara yang membantu pelajar menyedari hal tersebut sekali gus membantu mereka memperbetulkannya. Miskonsepsi berasal daripada kata Inggeris iaitu misconception yang maksudnya menurut Oxford Dictionary ialah a false or mistaken view or opinion. Menurut The American Heritage Dictionary of the English Language, miskonsepsi atau misconception ialah a mistaken thought, idea, or notion: a misunderstanding.
Masalah ini berlaku apabila murid salah menginteprestasi maklumat atau fakta yang telah disampaikan oleh guru. Boleh jadi murid tersebut telah menerima input yang lengkap namun setelah beberapa ketika murid tersebut telah menggunakan skema – skema lama yang berkaitan dengan maklumat yang baru disampaikan oleh guru mereka dengan salah. Salah tafsir tersebut telah dianggap betul oleh murid tersebut dan mereka telah menggunakan miskonsepsi tersebut dalam langkah pengiraan mereka. Langkah pengiraan dengan miskonsepsi tersebut seterusnya membawa kepada jawapan akhir yang salah.
Dalam mempelajari topik – topik berkaitan statistik, terdapat sangat banyak miskonsepsi yang dialami oleh pelajar. Pelbagai sebab telah dilihat menjadi faktor kepada masalah ini. Justeru itu, bidang statistik dianggap sebagai satu bidang matematik yang amat sukar kerana dilihat terlalu teknikal dan abstrak di samping mempunyai pelbagai konsep. Justeru itu, pelajar dengan mudah akan mengalami kesukaran dan seterusnya mempunyai miskonsepsi dalam mempelajari topik ini. Guru sebagai pembimbing pelajar seharusnya berusaha untuk membantu pelajar bagi mengatasi kesukaran ini.


Read More

Khamis, 12 Disember 2013

Why is it Mental Computation is important for children daily life application of money?

By With Tiada ulasan:
You give your children money before they go to school so that they can buy food in the school canteen or buy stationery on the way back home. You give them RM2 and they bring back home nothing. They spent it all!!

So, in order to help your children manage their money wisely, mental computation is absolutely an effective way to help them. Estimation and mental computation on money really can help children to save time doing long calculations. They used to do calculation using paper-and pencil method so its' going to take a very long time to do calculation when they want to buy something from the groceries as they need to take out their paper and pencil to do the calculation. So mental calculation is the best way to do calculation involving money whenever they want to buy something in the shop.

When they can do mental computation involving money, they can do such a good judgment as they can see the reasonableness of prices of items on sale. They can count in a fast way either a-RM5-items with 50% discount is much more cheaper than a-RM10-item with 60% discount. See. . . mental computation is such a problem solver for problem solving involving money and its really a help for your children. 

Mental computation on money is really useful because its help your children to solve problem when exact answers are not required. We know that 50% from RM5 is RM2.50 and 60% from RM10 is RM6. But how about, 50% from RM9.50? Just forget about the decimal, this is all about make a good assuming by judging for the best price and best valued item to be buy. Help your children learn this skills (mental computation), its really useful for their daily life activities. 
Read More

Rabu, 15 Mei 2013

“Sejauh Mana Spesifikasi Kurikulum Matematik Sekolah Rendah Malaysia Dapat Menangani Cabaran Perubahan Dunia”

By With Tiada ulasan:
Kurikulum matematik sekolah rendah Malaysia telah pun mengalami beberapa perubahan dan penambahbaikkan sepanjang beberapa dekad. Dimulakan dengan Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) diikuti dengan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan terakhir sekali ialah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang menunjukkan pemantapan dan penambahbaikkan yang amat berkesan. Memandangkan dunia semakin berubah ke arah dunia digital dan era globalisasi yang semakin hebat membadai seluruh dunia, kurikulum matematik sekolah rendah di Malaysia seharusnya dapat menyediakan murid – murid untuk dapat menangani cabaran perubahan dunia ini.
            Lewat tahun 70-an dan 80-an, dapat dilihat kurikulum matematik sekolah rendah mengalami proses penyediaan asas dan pemantapan asas kurikulumnya. Lewat tahun 90-an pula menyaksikan kurikulum matematik sekolah rendah mengalami perubahan dengan suntikan elemen progresif dan saintifik. Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kritis (KBKK) diterapkan dalam krikulum ini. Oleh hal itu, kurikulum matematik bukan sahaja menyediakan murid dengan kefahaman dan kemahiran matematik malah ianya bertujuan untuk membantu murid untuk mengaplikasikan kefahaman dan kemahiran matematik tersebut dalam menyelesaikan masalah kehidupan sehari – harian.
            Pada tahun 2010 pula, KBSR dimantapkan lagi dengan perubahan secara keseluruhan kurikulum. Beberapa elemen baharu disuntik ke dalam kurikulum baharu ini. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diterapkan dengan beberapa kemahiran dan nilai baharu demi menyediakan murid untuk menangani cabaran perubahan dunia. Perbincangan mengenai isu ini akan dilakukan dengan penjelasan mengenai terma kurikulum yang akan diguna pakai. Di sini, kurikulum matematik sekolah rendah Malaysia akan dirujuk secara totalnya dengan KLSR, KBSR dan KSSR.
            Elemen penyelesaian masalah (problem solving) diterapkan dalam kurikulum matematik sekolah rendah. Elemen ini diterapkan dalam kurikulum selari dengan pendekatan konstrutivisme yang menekankan penglibatan murid dalam aktiviti pembelajaran dalam membantu mereka untuk lebih memahami pelajaran berkenaan. Hal ini juga ada diterangkan dalam Huraian Sukatan Pelajaran Matematik KBSR; “People learn best through experience. Hence, mathematics is best learnt through the experience of solving problems. Problem-based learning is an approach where a problem is posed at the beginning of a lesson. The problem posed is carefully designed to have the desired mathematical concept and ability to be acquired by students during the particular lesson. As students go through the process of solving the problem being posed, they pick up the concept and ability that are built into the problem. A reflective activity has to be conducted towards the end of the lesson to assess the learning that has taken place” (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2004).
            Dapat dilihat menerusi petikan tersebut bahawa kemahiran menyelesaikan masalah disulamkan dengan pendekatan konstruktivisme yang komprehensif. Justeru itu, pendekatan konstruktivisme dapat dilihat sebagai salah satu idea yang sangat baik mengenai bagaimana pelajar belajar dan ianya mempunyai impak yang kuat ke atas pembelajaran mereka khususnya dalam mata pelajaran Matematik. Konstruktivisme bukan sahaja mengkaji bagaimana pelajar membina ilmu pengetahuan tetapi juga melibatkan cara perubahan konseptual berlaku dan cepat dilakukan dalam pembelajaran. Pendekatan ini memberi penekanan kepada proses pelajar membina ilmu pengetahuan melalui proses psikologi yang aktif. Ilmu pengetahuan dibina di dalam struktur kognitif mereka hasil pengalaman dengan alam.
Akhirnya, dengan penggarapan pendekatan konstruktivisme dan kemahiran penyelesaian masalah (problem solving), murid akan dapat menguasai dengan baik kefahaman dan kemahiran matematik yang diajarkan kepada mereka. Maka mereka akan dapat menghadapi cabaran perubahan dunia kerana kurikulum yang disediakan untuk mereka sememangnya telah lengkap dan direka khusus untuk membantu mereka menghadapi anjakan cabaran ini.
Selain kemahiran menyelesaikan masalah, kurikulum matematik sekolah rendah Malaysia juga dilengkapkan dengan elemen kemahiran komunikasi dalam matematik. Kurikulum matematik sekolah rendah telah direka khas untuk menyediakan murid untuk menggunakan kemahiran komunikasi mereka untuk mengaplikasikan kefahaman dan kemahiran matematik mereka. Hal ini diterangkan dalam Huraian Sukatan Pelajaran Matematik KBSR; “Communication is one way to share ideas and clarify the understanding of Mathematics. Through talking and questioning, mathematical ideas can be reflected upon, discussed and modified. The process of reasoning analytically and systematically can help reinforce and strengthen pupils’ knowledge and understanding of mathematics to a deeper level. Through effective communications pupils will become efficient in problem solving and be able to explain concepts and mathematical skills to their peers and teachers” (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2004).
Murid yang telah menerima pendedahan kepada elemen ini akan dapat membangunkan kemahiran komunikasi dalam matematik serta membina keyakinan mereka ke tahap yang lebih tinggi. Secara amnya, kemahiran komunikasi dalam matematik melibatkan kemahiran membaca dan memahami masalah, menginteprestasikan rajah dan graf serta menggunakan terma – terma matematik yang tepat semasa mengujarkan pembentangan matematik atau hasil kerja penulisan matematik; ianya juga meliputi kemahiran mendengar dan membaca yang melibatkan unsur – unsur matematik. Dengan pemasukkan elemen komunikasi dalam matematik ini ke dalam kurikulum, murid – murid akan dapat disediakan untuk menghadapi cabaran perubahan dunia yang semakin kompleks pada hari ini.
Dunia pada abad ke-21 kini semakin ke arah teknologi maklumat yang mana banyak masalah harian manusia kini dapat diselesaikan dengan bantuan teknologi dan maklumat. Setelah melangkah ke era teknologi, semakin hari semakin banyak peranti atau gajet yang direka untuk tujuan memudah dan menyenangkan kehidupan manusia sehari – harian. Justeru itu, kurikulum pendidikan matematik di Malaysia direka khusus untuk meyediakan murid – murid ke arah celik tekologi serta mampu melakukan kreasi dan inovasi terhadap teknologi sedia ada dengan pengaplikasian kefahaman dan kemahiran mereka terhadap matematik. Hal ini diterangkan dengan jelas dalam Huraian Sukatan Pelajaran Matematik KBSR, “The application of technology helps pupils to understand mathematical concepts in depth, meaningfully and precisely enabling them to explore mathematical concepts. The use of calculators, computers, educational software, websites in the internet and available learning packages can help to upgrade the pedagogical skills in the teaching and learning of mathematics” (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2004).
Jelas di sini bahawa, kurikulum matematik telah dibina dengan pengintegrasian kemahiran – kemahiran aplikasi teknologi serta penyerapan unsur – unsur kreatif dan kritis bagi membantu murid untuk mengaplikasikan kefahaman mereka terhadap matematik dalam menyelesaikan masalah kehidupan mereka sehari – harian. Penggunaan kalkulator, computer, perisian pendidikan dan pelbagai peranti elektronik yang lain adalah suatu kemestian pada hari ini. Justeru itu, murid – murid perlu dilengkapkan dengan kemahiran untuk menggunakan aplikasi ini bagi membolehkan mereka mengaplikasikan kefahaman dan kemahiran matematik mereka dalam kehidupan seharian sekaligus mempersiapkan diri bagi menghadapai cabaran perubahan dunia.
Tamsilannya, dapat disimpulkan di sini bahawa kurikulum matematik sekolah rendah di Malaysia sememang telah dilengkapkan dengan pelbagai nilai, elemen dan kemahiran penting yang boleh diguna pakai oleh murid – murid demi menghadapi cabaran perubahan dunia pada masa kini. Dunia yang kini beralih ke arah globalisasi dan pemantapan teknologi dan maklumat telah menyebabkan persaingan yang sengit dari setiap aspek kehidupan antara semua negara. Justeru itu, adalah penting untuk mendidik tunas baharu negara ini dengan kemahiran untuk meggunakan teknologi dan maklumat bagi memahami matematik serta kemahiran mengaplikasikan matematik dengan bantuan teknologi dan maklumat untuk menyelesaikan masalah kehidupan harian.
Read More
Flag Counter
Home About-us Privacy Policy Contact-us Services
Copyright © 2014 GobokGuru | All Rights Reserved. Design By Blogger Templates | Free Blogger Templates.