Teori Trait Allport menyatakan bahawa personaliti adalah dinamik dalam sistem psikofizikal individu. Personaliti ini menentukan ciri – ciri pemikiran dan tingkah laku seseorang. Beliau melihat personaliti sebagai usaha ke arah penyatuan, proses perubahan dan perkembangan yang berterusan dalam diri individu. Tingkah laku seseorang sebenarnya adalah dipengaruhi oleh persepsi individu walaupun faktor – faktor persekitaran boleh mempengaruhi individu tersebut. Justeru itu, Allport berpendapat bahawa kelakuan manusia sebenarnya dikawal oleh faktor dalaman yang mana tingkah laku yang berbeza adalah disebabkan kecenderungan yang berlawanan atau trait dalam diri seseorang.
Teori ini dengan jelas mengiakan pendapat – pendapat sebelum ini yang mengatakan bahawa kelakuan manusia ditentukan oleh konsep kendiri mereka. Konsep kendiri tersebut ditentukan oleh faktor dalam yang dipengaruhi oleh trait atau baka seseorang. Teori ini juga mengatakan bahawa faktor – faktor persekitaran dapat mempengaruhi persepsi individu. Persepsi itu pula akan menentukan konsep kendiri mereka sama ada positif mahupun negatif.
0 comments:
Catat Ulasan