Home About-us Privacy Policy Contact-us Services

Isnin, 23 Januari 2017

Implikasi konsep kendiri dalam pengajaran dan pembelajaran

ad+1


Semasa di dalam bilik darjah, guru merupakan pengurus bilik darjah dan bertindak sebagai mentor dan pemudah cara kepada kanak – kanak. Justeru itu, guru mempunyai kuasa dan pengaruh untuk menerapkan konsep kendiri untuk perkembangan diri kanak – kanak secara menyeluruh. Disebabkan guru mempunyai jam kredit yang lebih banyak bersama – sama kanak – kanak apabila mereka memasuki alam persekolahan, guru seharusnya memanfaatkan kelebihan ini untuk membentuk konsep kendiri yang positif dalam diri kanak – kanak.
Sewaktu di dalam kelas, guru perlu memberi peluang kepada murid (kanak – kanak) untuk meluahkan perasaan mereka. Kanak – kanak pada usia ini amat jujur. Mereka akan memperkatakan tentang apa sahaja yang mereka fikirkan secara jujur. Justeru itu, guru perlulah memberi peluang kepada mereka untuk meluahkan perasaan di samping peluang untuk berinteraksi di dalam bilik darjah. Jika guru tidak mempedulikan kanak – kanak yang ingin meluahkan perasaan kepada mereka, ditakuti nanti kanak – kanak tersebut akan mempunyai perasaan pemalu dan introvert yang akhirnya akan membentuk konsep kendiri yang negatif.
Guru juga perlu mengelolakan aktiviti yang bersesuaian dengan minat dan kebolehan mereka. Jika mereka melakukan aktiviti yang bersesuaian dengan minat dan kebolehan mereka, sudah pasti mereka akan melakukannya dengan bersungguh – sungguh dan mencapai kejayaan. Impaknya, kanak – kanak tersebut akan dapat merasakan manisnya kejayaan dan seterusnya dapat meningkatkan konsep kendiri mereka.
Selain hal itu, guru juga perlu menyatakan peraturan di dalam bilik darjah secara jelas atau eksplisit. Peraturan tersebut perlu dilekatkan di dalam bilik darjah di samping dibacakan kepada murid sewaktu hari pertama persekolahan. Jika boleh, lakukan aktiviti akur janji bagi memastikan mereka faham serta dapat mengikuti peraturan tersebut dengan baik. Di samping itu, guru juga perlu tegas dalam melaksanakan peraturan. Jika terdapat murid yang melanggar peraturan, mereka perlu didenda dengan hukuman dan dendaan yang sepatutnya.
Felker (1974) mengutarakan empat langkah yang boleh dilakukan oleh guru untuk meningkatkan konsep kendiri murid. Menurut beliau, guru seharusnya diajar untuk memuji diri sendiri dan menjadi model untuk mendemonstrasikan bagaimana dia menghargai diri sendiri. Murid pula harus diajar untuk memuji diri sendiri dan orang lain. Guru pula perlu membimbing dan membantu murid menilai diri mereka secara realistik. Akhir sekali, murid perlu diajar tentang bagaimana untuk merancang matlamat yang realistik dan munasabah.
Rigness (1975) pula dalam menghuraikan langkah guru untuk membantu murid meningkatkan konsep kendiri mereka telah menyatakan beberapa contoh situasi bagaimana guru yang membantu murid mencari potensi mereka akan dapat meningkatkan konsep kendiri murid – murid. Misalnya, seorang murid cerdik di dalam tidak mempunyai kawan. Namun dia jaguh dalam permainan catur. Murid tersebut boleh menjadi pakar catur di dalam kelasnya dan menjadi tempat rujukan apabila guru sering menggunakan permainan catur sebagai satu strategi permainan. Melalui cara ini, murid tersebut akan dapat membina keyakinan diri serta dapat mewujudkan hubungan yang baik dengan rakan – rakan sekelas mereka yang lain.

0 comments:

Catat Ulasan

Flag Counter
Home About-us Privacy Policy Contact-us Services
Copyright © 2014 GobokGuru | All Rights Reserved. Design By Blogger Templates | Free Blogger Templates.