Home About-us Privacy Policy Contact-us Services

Sabtu, 10 Jun 2017

Dual Language Programme [DLP]_Garis Panduan Pelaksanaan

ad+1



Dual Language Programme atau DLP telah diluluskan dalam Mesyuarat Majlis Ekonomi Negara Bil. 21/2015 pada 13 Oktober 2015 dan diumumkan oleh YAB Perdana menteri Malaysia dalam pembentangan bajet 2016 pada Oktober 2015. Jadi 2016 merupakan tahun pertama pelaksanaan DLP di beberapa buah sekolah di seluruh Malaysia. 

Program ini dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif di bawah Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). 

Objektif pelaksanaan program ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan akses dan penerokanaan pelbagai ilmu dan bersaing di peringkat global serta meningkatkan kebolehpasaran murid di alam pekerjaan. Program ini dapat membantu dan menarik minat murid yang meneruskan pengajian dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di peringkat tertiari. 

Selain daripada itu, pelaksanaan DLP  turut meningkatkan masa pendedahan murid kepada bahasa Inggeris yang secara tidak langsung dapat memperkukuh bahasa Inggeris mereka. 



Sumber: Surat Siaran KPM Bilangan 18 Tahun 2015

0 comments:

Catat Ulasan

Flag Counter
Home About-us Privacy Policy Contact-us Services
Copyright © 2014 GobokGuru | All Rights Reserved. Design By Blogger Templates | Free Blogger Templates.