Home About-us Privacy Policy Contact-us Services

Isnin, 23 Januari 2017

Perkembangan Tenaga Nuklear di Malaysia

ad+1

Perkembangan mengenai teknologi nuklear telah mula dibincangkan oleh ahli falsafah Greek yang mengatakan bahawa setiap benda mempunyai komposisi yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar dikenali sebagai atom. Kata atom itu sendiri datang daripada bahasa Greek, atomas yang bermaksud tidak dapat dilihat. Beberapa abad berikutnya, saintis abad ke 18 dan 19 telah mengkaji dan membangunkan bidang sains ini. Pada tahun 1900, saintis British, Ernest Rutherfold telah menyumbangkan satu idea yang sangat hebat dalam teori struktur atom. Pada 1904 beliau menulis;
“If it were ever possible to control at will the rate of disintegration of the radio elements, an enormous amount of energy could be obtained from a small amount of matter”.
Ernest Rutherfold
U.S. Department of Energy, Office of Nuclear Energy, Science and Technology
Ernest Rutherfold seterusnya diiktiraf sebagai bapa kepada disiplin sains nuklear. Albert Einstein seterusnya membangunkan teori yang mengaitkan hubungan antara jisim dengan tenaga pada 1905. Teori yang diketengahkan oleh Albert ialah E=mc² atau tenaga bersamaan dengan jisim yang dikalikan dengan kelajuan cahaya kuasa dua. Teori Albert ini hanya disahkan ketepatannya 35 tahun kemudian. Sejak dari itu, pelbagai kajian dan pembangunan dilakukan terhadap disiplin sains nuklear. Hasilnya, umum mengetahui tentang impak positif yang dihasilkan oleh tenaga nuklear ini. Namun begitu, kerakusan dan ketamakan menyebabkan beberapa pihak telah menyalahgunakan tenaga nuklear untuk kepentingan peribadi. Justeru itu, banyak negara telah mewartakan akta untuk mengawal dan menyelia pembangunan, perkembangan dan aplikasi tenaga nuklear dalam kehidupan seharian. Insiden Chernobyl pada 26 April 1986 merupakan kemuncak kepada langkah keselamatan dan intervensi terhadap pembangunan tenaga nuklear.
Amerika Syarikat telah mewartakan The Nuclear Waste Policy Act (NWPA) pada 22 Disember 1987 dan The Energy Policy Act of 1992 pada 24 Oktober 1992. Britain pula telah lebih awal menggubal undang – undang berkaitan tenaga nuklear. Atomic Energy Act telah diwartakan pada 1954 dan semakan pada 1971. Malaysia juga tidak ketinggalan dalam memainkan peranan mereka dalam menguatkuasakan undang – undang kawalan dan penyeliaan terhadap tenaga nuklear. Akta 304 Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984 telah diwartakan pada 28 Jun 1984. Akta ini menghuraikan tentang undang – undang berkaitan pelupusan sisa radioaktif; pemberian, pembatalan, penggantungan dan pembaharuan lesen; kesihatan dan keselamatan; kuasa menyita dan menangkap; serta liabiliti terhadap kerosakan nuklear.
Di Malaysia, bidang nuklear telah dipelopori oleh Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) yang ditubuhkan bertujuan untuk memenuhi wawasan kerajaan untuk memperkenalkan dan mempromosi penggunaan sains dan teknologi nuklear secara aman dalam pembangunan negara. Nuklear Malaysia telah ditubuhkan pada 19 September 1972 (ketika itu dikenali sebagai Pusat Penyelidikan dan Aplikasi Tenaga Nuklear [CRANE]) dan kemudian dinamakan semula sebagai Pusat Penyelidikan Atom Tun Ismail (PUSPATI). Pada Jun 1983, PUSPATI diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan dikenali sebagai Unit Tenaga Nuklear (UTN). Ia dipindahkan ke Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar pada Oktober 1990 dan pada Ogos 1994 dikenali sebagai Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (MINT). Pada13 April 2005, sekali lagi MINT diberi identiti baru iaitu sebagai Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia).
Fungsi utama Nuklear Malaysia adalah sebagai peneraju dalam bidang penyelidikan dan pembangunan sains dan teknologi nuklear bagi pembangunan sosioekonomi Malaysia. Agensi ini juga berperanan dalam mempromosikan sains dan teknologi nuklear kepada masyarakat  dan sekali gus menyemai minat dan menyedarkan masyarakat tentang kepentingan teknologi nuklear dalam kehidupan.


0 comments:

Catat Ulasan

Flag Counter
Home About-us Privacy Policy Contact-us Services
Copyright © 2014 GobokGuru | All Rights Reserved. Design By Blogger Templates | Free Blogger Templates.