Home About-us Privacy Policy Contact-us Services

Isnin, 23 Januari 2017

Miskonsepsi pelajar dalam mempelajari topik - topik statistik

ad+1

Miskonsepsi merupakan salah satu masalah yang sering mengganggu proses pembelajaran pelajar. Hal ini sebenarnya tidak disedari oleh pelajar melainkan gurulah yang berperanan sebagai pemudah cara yang membantu pelajar menyedari hal tersebut sekali gus membantu mereka memperbetulkannya. Miskonsepsi berasal daripada kata Inggeris iaitu misconception yang maksudnya menurut Oxford Dictionary ialah a false or mistaken view or opinion. Menurut The American Heritage Dictionary of the English Language, miskonsepsi atau misconception ialah a mistaken thought, idea, or notion: a misunderstanding.
Masalah ini berlaku apabila murid salah menginteprestasi maklumat atau fakta yang telah disampaikan oleh guru. Boleh jadi murid tersebut telah menerima input yang lengkap namun setelah beberapa ketika murid tersebut telah menggunakan skema – skema lama yang berkaitan dengan maklumat yang baru disampaikan oleh guru mereka dengan salah. Salah tafsir tersebut telah dianggap betul oleh murid tersebut dan mereka telah menggunakan miskonsepsi tersebut dalam langkah pengiraan mereka. Langkah pengiraan dengan miskonsepsi tersebut seterusnya membawa kepada jawapan akhir yang salah.
Dalam mempelajari topik – topik berkaitan statistik, terdapat sangat banyak miskonsepsi yang dialami oleh pelajar. Pelbagai sebab telah dilihat menjadi faktor kepada masalah ini. Justeru itu, bidang statistik dianggap sebagai satu bidang matematik yang amat sukar kerana dilihat terlalu teknikal dan abstrak di samping mempunyai pelbagai konsep. Justeru itu, pelajar dengan mudah akan mengalami kesukaran dan seterusnya mempunyai miskonsepsi dalam mempelajari topik ini. Guru sebagai pembimbing pelajar seharusnya berusaha untuk membantu pelajar bagi mengatasi kesukaran ini.


0 comments:

Catat Ulasan

Flag Counter
Home About-us Privacy Policy Contact-us Services
Copyright © 2014 GobokGuru | All Rights Reserved. Design By Blogger Templates | Free Blogger Templates.