Home About-us Privacy Policy Contact-us Services

Selasa, 24 Disember 2013

Perbandingan Proksemik Masyarakat Melayu dengan Masyarakat India

ad+1

Ini merupakan jenis komunikasi bukan lisan yang berkaitan dengan penggunaan ruang. Penentuan jarak bergantung kepada tahap keakraban antara penyampai mesej dengan penerima.

Masyarakat Melayu, jika mahu dilihat dari segi dasar kesopanan dan kesantunan yang diamalkan zaman berzaman, jarak antara si pemberitahu berita dengan si pendengar adalah agak jauh, terutamanya dengan jantina yang berbeza. Memang benar jarak adalah bergantung kepada tahap keakraban antara kedua-dua pihak namun norma dalam masyarakat Melayu yang mementingkan kesopanan amat menitikberatkan jarak yang diambil dan diaplikasikan semasa perbualan sedang berjalan.

Masyarakat India tidak mempunyai peraturan spesifik mahupun kepercayaan dalam penentuan jarak untuk perbualan. Namun masyarakat India juga amat peka dengan keakraban dalam hubungan yang berlainan jantina. Oleh hal yang demikian, jarak yang digunakan untuk menyampaikan maklumat atau berbual adalah sederhana dan tidak berlebihan. Jarak masih ada namun tiada peraturan khas atau kepercayaan zaman berzaman untuk penentuan jarak semasa berbual dan berkomunikasi dengan orang lain.


Tuntasnya, dalam aspek prosemik seperti apa yang telah diperjelaskan, ianya lebih bersifat universal kerana kedua masyarakat lebih bersifat sederhana dan tidak terlalu ekstrem dalam pergaulan. Oleh hal yang demikian, dapatlah dilihat bahawa sebenarnya prosemik ini dapat dikategorikan kepada empat tahap yang berbeza iaitu intim, personal, sosial dan am.


0 comments:

Catat Ulasan

Flag Counter
Home About-us Privacy Policy Contact-us Services
Copyright © 2014 GobokGuru | All Rights Reserved. Design By Blogger Templates | Free Blogger Templates.