Komunikasi lisan dan komunikasi bukan lisan
sering berlaku secara serentak. Harrison (1974) telah mencadangkan bahawa
sebarang situasi komunikasi boleh dilihat sebagai satu penggabungan komunikasi
lisan dan bukan lisan. Kebanyakan daripada maksud dan niat yang disampaikan
melalui komunikasi adalah bersifat bukan lisan. (Mehrabian, 1968)
Komunikasi bukan lisan boleh berlaku walau di mana sahaja kita berada,
dalam apa jua keadaan yang sedang dilalui. Oleh hal yang demikian, komunikasi
bukan lisan sebenarnya membantu dalam memainkan peranan dalam persekitaran yang
memerlukan penggunaan seperti di kawasan tempat kerja, pegawai atasan
menggunakan komunikasi bukan lisan unutk mengelolakan kesan yang dibuat dengan
mengaplikasikan bahasa badan yang bersesuaian dan juga ekspresi wajah yang
bertepatan bagi menunjukkan imej pegawai atasan yang baik dan professional
dalam bidang sendiri. Manakala pekerja yang menerima mesej serta komunikasi
bukan verbal juga perlu pandai dan dan mampu membaca dan menerima mesej yang ingin
disampaikan kepadanya apabila proses komunikasi dijalankan.
Komunikasi bukan lisan merupakan sumber
maklumat yang banyak dan berguna untuk mendapatkan idea awal tentang sikap atau
reaksi seseorang tentang sesuatu perkara, peristiwa atau perkataan yang kita
ucapkan. Menurut Albert Mehrabian (Pease, 1985: 6), sesuatu mesej adalah 7%
berbentuk lisan, 38 % berbentuk vokal (contohnya, intonasi suara) dan 55%
berbentuk bukan lisan. Peribahasa Cina, "sebuah potret menggambarkan
seribu kata" dan ungkapan "actions speak louder than words"
menggambarkan peri pentingnya komunikasi bukan lisan. Ini juga boleh membawa
maksud bahawa peri pentingnya komunikasi bukan lisan dalam kehidupan seharian,
yang mana selama ini hanya diingat sebagai satu komunikasi sampingan. Hakikatnya
ia memainkan peranan yang besar dan saling melengkapi dalam menyampaikan
komunikasi yang berkesan.
0 comments:
Catat Ulasan