Malaysia merupakan sebuah negara yang
mempunyai rakyat pelbagai kaum, agama, kebudayaan serta mengamalkan cara hidup
yang berbeza. Oleh itu perpaduan negara adalah merupakan matlamat penting dalam
setiap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan sama ada dalam bidang ekonomi,
sosial dan politik. Tanpa perpaduan, negara akan terdedah kepada pelbagai
ancaman dan kelemahan. Ancaman dan kelemahan ini boleh mengakibatkan kedaulatan
negara terjejas dan berlaku huru-hara rusuhan, pergaduhan kaun dan sebagainya.
Perpaduan negara adalah perkara yang
dititikberatkan dalam penyusunan setiap strategi pembangunan dan pentadbiran supaya ia mampu mengekal dan
mempertahankan kebebasannya sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Menerusi perpaduan yang kukuh, tahap pencapaian ekonomi negara dapat dipertingkatkan
supaya taraf hidup rakyat akan bertambah maju di samping mewujudkan suasanan
politik yang stabil. Kecemerlangan dalam bidang pendidikan, keharmonian
masyarakat Malaysia yang sejahtera, bersatu padu, bermaruah dan berwawasan akan
terhasil dan seterusnya menjadikan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.
Rukun Negara harus dihayati oleh semua
lapisan masyarakat: warganegara Malaysia. Rukun Negara adalah satu matlamat
yang perlu dicapai. Rukun Negara adalah amalan yang perlu dilakukan. Rukun
Negara adalah satu visi bagi merealisasikan kontrak sosial yang dipersetujui
oleh kaum-kaum utama di Malaya atau Malaysia semasa penggubalan Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu mahupun Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Rukun Negara tidak memberi sebarang kesan
dalam jiwa seseorang jika seseorang itu tidak mempunyai semangat patriotik
kepada Malaysia. Rukun Negara juga tidak memberi sebarang kesan dalam jiwa
seseorang jika seseorang itu tidak mengetahui asal usul dan sejarah Malaysia,
iaitu negaranya sendiri. Rukun Negara tidak memberi sebarang kesan dalam jiwa
seseorang jika seseorang itu tidak dapat berfikir dengan rasional dan secara
ilmiah.
Kita sebagai warganegara Malaysia harus
menyokong dan melibatkan diri dalam setiap program, dasar dan rancangan kerajaan yang bertujuan untuk
membina sebuah negara yang aman, makmur dan sejahtera. Negara yang aman haruslah
dipelihara. Pemeliharaan keamanan adalah tugas dan tanggungjawab semua
warganegara. Kita harus hidup secara aman dan harmoni.
Kita jangan melakukan kegiatan yang boleh
mencetus salah faham antara kaum. Kita perlu patuhi undang-undang sepanjang
masa. Keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan yang kita kecapi sekarang adalah hasil
daripada komitmen, kerjasama dan perpaduan yang ditunjukkan oleh pelbagai pihak
termasuk individu, agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan (NGO). Keamanan,
kemakmuran dan kesejahteraan yang kita nikmati ini tidak mampu bertahan sekiranya
rakyat tidak bersatu dan tidak memberi kerjasama kepada kerajaan.
Kita harus menyokong dan melibatkan diri
dalam kegiatan yang boleh memupuk perpaduan. Kita jangan menyentuh kegiatan yang boleh menyinggung
perasaan kaum lain. Tindakan ini boleh mengancam keamanan negara. Perpaduan kaum
yang erat membolehkan negara kita menghadapi dan menangani sebarang cabaran
masa depan. Rakyat yang bersatu padu dan negara yang aman akan dihormati dan
dikagumi oleh negara luar. Semangat kerjasama semua pihak penting sebagai benteng
untuk menghadapi segala bentuk cabaran yang boleh mengancam kemakmuran,
keamanan, kesejahteraan masyarakat dan negara kita.
0 comments:
Catat Ulasan