Home About-us Privacy Policy Contact-us Services

Selasa, 18 Oktober 2011

Jenis Komunikasi

ad+1

Komunikasi lisan melibatkan perbualan atau percakapan dan penulisan yang bertujuan menyampaikan mesej dari satu pihak ke satu pihak yang lain. Pihak yang menerima mesej itu pula akan kemudiaanya akan memproses mesej tersebut. Komunikasi jenis ini tidak terhad kepada interaksi ‘face-to-face’ semata-mata, malah komunikasi virtual seperti di alam maya dalam bentuk ‘chatting’ dan emel juga dapat dikategorikan dalam komunikasi lisan kerana tujuannya ialah sama iaitu menyampaikan mesej.
Komunikasi bukan lisan pula adalah komunikasi yang melibatkan gerak laku atau tingkahlaku seseorang individu yang ditunjukkan dengan menggunakan postur tubuh atau gerak bahasa badan, mimik muka termasuk mata hidung dan bibir. Contohnya menggelengkan kepala memberikan maksud tak mahu atau tidak bersetuju serta mengangguk-angguk membawa kepada tanda persetujuan termeterai.
Umum mengetahui komunikasi lisan mahupun bukan lisan digunakan oleh semua secara menyeluruh di muka bumi ini. Oleh hal yang demikian, kepelbagaian penggunaan komunikasi terutamanya komunikasi bukan lisan adalah berbeza antara satu sama lain. Perbezaan yang ketara atau kelainan yang selalu dapat diperhatikan ialah perbezaan yang terjadi lebih menjurus dek keunikan sesebuah budaya yang diamalkan.

Komunikasi lisan dapat difahami dengan memahami penggunaan bahasa yang disampaikan dan apa yang ingin dikongsikan. Maksudnya, komunikasi telah berlaku apabila si penerima mesej dapat membaca apa yang disampaikan oleh pengirim. Namun, pelbagai persoalan boleh timbul dalam usaha kita untuk memahami maksud di sebalik penggunaan komunikasi bukan lisan yang berbeza mengikut persekitaran penggunaannya. Komunikasi bukan lisan juga sebenarnya membantu dalam usaha menerangkan sesuatu dengan lebih berkesan. Kadangkala ianya membawa maksud tertentu tetapi adalah menjadi satu agen yang bersifat melengkapi untuk komunikasi bukan lisan bertindak bersama komunikasi lisan yang dijalankan.


0 comments:

Catat Ulasan

Flag Counter
Home About-us Privacy Policy Contact-us Services
Copyright © 2014 GobokGuru | All Rights Reserved. Design By Blogger Templates | Free Blogger Templates.