Perlaksanaan dasar pecah dan perintah
Inggeris telah mengeruhkan perpaduan masyarakat di Tanah Melayu. Pengelasan
kaum merujuk pekerjaan dan system pelajaran yang berbeza mengelakkan interaksi
antara penduduk di Tanah Melayu yang terdiri daripada 3 rumpun utama iaitu
bangsa Melayu, Cina dan India. Melalui dasar ini orang Melayu kebanyakannya
menetap di kawasan luar bandar (kampung) dan bekerja sebagai nelayan dan
petani, orang Cina menetap di kawasan bandar dan kawasan perlombongan serta
bekerja sebagai peniaga dan pelombong bijih timah, manakala orang India
kebanyakannya tinggal di kawasan ladang-ladang dan bekerja sebagai buruh,
secara tidak langsung telah mewujudkan perasaan curiga mencurigai antara satu
sama lain yang merupakan bom jangka yang menjadi teras peristiwa 13 Mei 1969.
Peristiwa berdarah yang berlaku pada 13
Mei 1969 telah mendedahkan manifestasi sebenar perasaan tiga etnik yang
terbesar di Malaysia. Semenjak Negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957,
didapati bangsa Melayu masih tertinggal jauh dari segi penguasaan ekonomi dan
pendidikan di Tanah Melayu memandangkan majoriti orang Melayu tinggal di luar
bandar. Manakala orang Cina pula lebih terkehadapan dengan menguasai bidang
perniagaan dan bidang ekonomi lain memandangkan mereka tinggal di kawasan
bandar dan menguasai kawasan perlombongan. Lantas timbul kesedaran di kalangan
orang Melayu yang dapat merasakan
bahawa mereka telah tertinggal dan tertindas di bumi sendiri akibat kemiskinan.
Bagi masyarakat Cina dan India pula,
mereka bimbang tentang syaratsyarat hak kerakyatan walaupun sebahagian daripada
mereka telah bersedia untuk menumpahkan kesetiaan kepada Tanah Melayu. Semenjak
pendudukan Jepun pada perang Dunia Kedua, pihak Jepun mengamalkan dasar yang
anti-Cina dan pro-Melayu telah membangkitkan kemarahan dan prasangka orang Cina
terhadap orang Melayu. Apabila Jepun menyerah kalah dan sebelum ketibaan
Inggeris, orang Cina yang kebanyakannya merupakan anggota Bintang Tiga (Parti
Komunis Malaya) telah mengambil kesempatan untuk membalas dendam. Turut
memburukkan keadaan adalah kerana, kebanyakan orang Cina menganggotai Parti
Komunis Malaya manakala Orang Melayu kebanyakan menganggotai pasukan
keselamatan ketika zaman darurat pada 1948–1960.
Penyingkiran Singapura dari Malaysia pada
tahun 1965 akibat konsep "Malaysia untuk orang Malaysia" yang secara tidak langsung turut
mempertikai kedudukan dan hak istimewa orang Melayu telah diapi-apikan oleh Lee
Kuan Yew menyemarakkan perasaan anti-Cina dan anti-Melayu. Kejadian-kejadian
tersebut akhirnya menyebabkan berlakunya peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969. Ia telah mengorbankan
banyak nyawa dan harta-benda adalah manifestasi hubungan antara kaum di Tanah
Melayu yang sememangnya retak menanti belah. Peristiwa 13 Mei 1969 berlaku
sebaik sahaja keputusan pilihan raya umum 1969 diketahui.
Kacau bilau dan pertumpahan darah yang
berlaku pada 13 Mei 1969 itu telah memaksa kerajaan untuk mengisytiharkan
perintah darurat. DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika itu dan
atas nasihat Perdana Menteri dengan serta-merta telah mengisytiharkan darurat
di seluruh negara. berkuat kuasa 16 Mei 1969. Pengisytiharan ini telah
menyebabkan sistem kerajaan berparlimen digantung. Atas perakuan Perdana
Menteri, Yang di-Pertuan Agong telah melantik Tun Razak bin Dato Hussein, Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu sebagai pengarah
Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang bertanggungjawab menjalankan kuasa
pemerintahan bagi Persekutuan berdasarkan kuasa yang diwakilkan oleh Yang di-
Pertuan Agong.
Majlis Perundingan Negara telah
ditubuhkan bagi memastikan keberkesanan MAGERAN, Majlis Perundingan Negara yang
bertanggungjawab untuk membincang dan meneliti isu-isu perpaduan
negara serta mencari jalan menyelesaikan masalah masyarakat berbilang kaum.
Majlis ini mendapati satu masalah yang paling ketara yang dikenal pasti ialah struktur masyarakat majmuk di Malaysia. Adalah
didapati masyarakat Malaysia masih terbahagi atas dasar keturunan, agama dan pekerjaan.
Perpaduan yang hendak dicapai bukan sahaja melibatkan penyatuan kaum sahaja
tetapi adalah didapati penyatuan ekonomi dan sosial juga perlu dilakukan.
Sehubungan dengan itu Majlis Perundingan Negara telah bersetuju membentuk satu ideologi
negara yang kemudiannya dikenali sebagai Rukun Negara yang mempunyai lima
prinsip utama.
0 comments:
Catat Ulasan