Home About-us Privacy Policy Contact-us Services

Khamis, 26 Januari 2017

Teori Perkembangan Psikososial Erik Erikson

ad+1

Teori Perkembangan Psikososial Erikson menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu – individu di persekitaran kanak – kanak. Hubungan sosial merupakan satu elemen yang amat penting dalam mempengaruhi perkembangan kanak – kanak sekali gus membantu perkembangan kendiri mereka. Hubungan antara konsep kendiri dengan psikososial adalah bertimbal balik yang mana kedua – dua elemen saling mempengaruhi perkembangan masing – masing. Kanak – kanak yang mempunyai konsep kendiri yang tinggi mempunyai tahap perkembangan psikososial yang tinggi manakala kanak – kanak yang mempunyai perkembangan psikososial yang sihat akan mempunyai konsep kendiri yang baik.
Terdapat lima prinsip asas Teori Psikososial Erikson iaitu setiap individu mempunyai keperluan asas yang sama. Kedua, perkembangan individu bergantung pada tindak balas individu terhadap keperluan – keperluan asasnya. Hal ini selari dengan konsep kendiri yang mana kanak – kanak berusaha dengan tenaga sendiri untuk memenuhi keperluan – keperluan mereka. Ketiga, perkembangan individu adalah mengikut tahap – tahap tertentu. Keempat, setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti diatasi supaya individu dapat berfungsi dengan baik dalam tahap berikutnya. Akhir sekali, kegagalan mengatasi konflik pada sesuatu tahap akan menjejaskan perkembangan tahap yang berikutnya.


0 comments:

Catat Ulasan

Flag Counter
Home About-us Privacy Policy Contact-us Services
Copyright © 2014 GobokGuru | All Rights Reserved. Design By Blogger Templates | Free Blogger Templates.