Kemudahan Cuti Kuarantin pada asalnya telah diperuntukkan di bawah Perintah Am 24
Bab C (Cuti) kepada pegawai yang dalam perjalanan balik ke Malaysia dari luar
negara yang ditahan di mana-mana stesen kuarantin oleh pihak berkuasa kesihatan
pelabuhan atau lapangan terbang kerana berlaku wabak penyakit berjangkit atau
pegawai dikurung di rumahnya oleh mana-mana kuasa kesihatan kerana wabak
penyakit berjangkit. Pegawai yang diberi perintah kuarantin adalah layak mendapat cuti bergaji
penuh sepanjang tempoh kuarantin.
Selaras dengan keprihatinan kepada institusi kekeluargaan dalam konteks
penjagaan kesihatan anak, Kerajaan telah bersetuju supaya kemudahan Cuti Kuarantin
diberikan kepada pegawai yang anaknya menghidap penyakit berjangkit dan
perlu dikuarantin. Hal ini bermaksud, pegawai tersebut mendapat cuti kuarantin atas kapasiti anak dalam jagaannya menghidap penyakit berjangkit yang tersenarai.
Tempoh yang diluluskan maksimum lima (5) hari.
Syarat anak yang dikuarantin:
i. Bawah 18 tahun; dan
ii. Bawah 21 tahun jika masih belajar.
Anak yang dirujuk adalah;
(a) anak kandung;
(b) anak tiri tanggungan;
(c) anak angkat de facto;
(d) anak angkat;
(e) anak pelihara.
Senarai Penyakit Berjangkit:
1. Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut [Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD)] ;
2. Demam Denggi & Denggi Berdarah;
3. Campak (Measles);
4. Chickenpox;
5. Difteria; dan
6. Malaria.
Tarikh kuat kuasa 1 Januari 2017.
RUJUKAN SURAT PEKELILING JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.3 (13)
⇓⇓⇓⇓⇓⇓⇓⇓⇓⇓
0 comments:
Catat Ulasan