Home About-us Privacy Policy Contact-us Services

Rabu, 27 Oktober 2010

Takrifan Budaya

ad+1

Sebelum melihat perbezaan komunikasi bukan lisan yang wujud dalam kepelbagaian budaya yang ada di Malaysia, pengertian atau definisi budaya perlu diperjelaskan agar perbincangan ini lebih jelas dan membawa manfaatnya kepada semua.

Budaya ditakrifkan sebagai satu keseluruhan tradisi kehidipan sebagai pra-syarat menjadi sebahagian anggota masyarakat. Devito (2009) menyatakan budaya mengandungi dua aspek utama iaitu; pertama, secaranya relatifnya mempunyai elemen-elemen khusus tentangcara hidup suatu kumpulan manusia. Kedua, diperturunkan dari satu generasi ke satu generasimelalui proses komunikasi dan bukannya genetik. Menurutnya, budaya adalah segala yang dibentuk dan dihasilkan oleh sesuatu masyarakat itu seperti nilai, kepercayaan, artifak, bahasa, cara bertingkahlaku dan berfikir, lukisan, undang-undang, agama, stail komunikasi danteori-teorinya serta sikap. Amalan-amalan ini diajar dan diperturunkan dari satu generasi kesatu generasi melalui proses komunikasi dan tidak ada kaitan dengan faktor-faktor genetik atau darah keturunan. Ia adalah warisan cara hidup dan amalan masyarakat tersebut.

Manakala mengikut takrifan seterusnya budaya adalah cara hidup yang dibina dan dikongsi oleh sekumpulan manusia dandiperturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Ia terbina dari pelbagai elemen yangkompleks termasuklah agama, sistem politik, adat resam, bahasa, peralatan-peralatan, pakaian,bangunan dan cara bekerja. Ia juga merangkumi cara pergaulan, percakapan, adat istiadatperkahwinan, makanan, cara bekerja, berfikir, dan sebagainya lagi (Tubbs & Moss, 2010).

Dapatlah disimpulkan dengan jelas bahawa budaya adalah amalan dan cara hidup sesuatu masyarakat yang diajarkan dan diperturunkan dari satu generasi kesatu generasi melalui proses enkulturasi supaya ia terus berkesinambungan dan menjaminkelangsungannya serta menjadi faktor pengikat atau penyatuan kepada anggota masyarakatitu. Jadi, cara hidup masyarakat kini merupakan menifestasi daripada amalan, cara hidup dantingkahlaku masyarakat sebelumnya.


Dengan menyelami amalan dan cara hidup setiap kaum, dapatlah dibezakan cara yang mereka amalkan dalam perbuatan, pergaulan dan tindakbalas komunikasi bukan lisan. Respon komunikasi bukan lisan mempunyai perbezaan dalam kalangan masyarakat yang berbeza dek perbezaan yang nyata dari segi cara hidup, amalan kehidupan, rutin harian dan juga persekitaran semasa. Semua ini diterjemahkan dalam cara komunikasi yang dijalankan.



0 comments:

Catat Ulasan

Flag Counter
Home About-us Privacy Policy Contact-us Services
Copyright © 2014 GobokGuru | All Rights Reserved. Design By Blogger Templates | Free Blogger Templates.