‘Disleksia’. Sesiapa yang baharu pertama kali mendengar perkataan ini pasti tertanya-tanya apakah definisi yang dibawakan oleh perkataan ini. Disleksia bukanlah suatu penyakit tetapi merupakan satu masalah yang ditanggung pesakit seumur hidup. Perkataan ‘disleksia’ merupakan pinjaman daripada kata Inggeris iaitu ‘dyslexia’. Dalam bahasa Latin, ‘dys’ bermaksud teruk atau susah manakala ‘lexia’ bermakna perkataan. Oleh hal itu, melalui penafsiran daripada makna kedua-dua suku kata tersebut dapatlah diketahui bahawa disleksia merupakan satu masalah membaca atau kesukaran untuk memproses perkataan (Kuwana, 2009).
Individu pertama yang menemukan tentang masalah ini ialah Dr. W. Pringle Morgon dari England. Bailet (2006) pula mengaitkan masalah disleksia sebagai masalah pembelajaran yang mana pesakit akan menghadapi masalah dalam memproses perkataan dan nombor.
Gejala fizikal yang dapat dikesan untuk mengenal pasti pesakit disleksia ialah antaranya pesakit mengalami kesukaran untuk membaca. Mereka sebenarnya mengalami masalah mengenal pasti fonem iaitu unit terkecil dalam sistem bahasa. Pesakit akan keliru dengan perkataan yang bunyinya hampir sama seperti “volcano” dengan “tornado”. Apabila ditunjukkan gambar “volcano”, mereka mungkin menyebutnya sebagai “tornado”. Sebenarnya mereka tahu apakah objek itu tetapi mereka tidak dapat menyebut perkataan yang tepat untuk objek tersebut.
Walaupun disleksia merupakan suatu masalah pembelajaran, guru dan pihak sekolah seharusnya mengambil tanggungjawab yang sewajarnya agar mereka ini tidak akan ketinggalan dan diberi peluang untuk belajar. Pihak sekolah seharusnya menganalisa para pelajar mereka dari peringkat awal lagi untuk mengenal pasti siapa yang menghidapi disleksia dan menyediakan program-program yang sepatutnya. Pihak sekolah juga boleh membantu kanak-kanak disleksia ini dengan memberikan masa menjawab peperiksaan yang lebih panjang berbanding kanak-kanak lain kerana pesakit disleksia mengambil masa yang lama untuk membaca soalan dan menjawab soalan peperiksaan (Kuwana, 2009).
Guru juga tidak ketinggalan dalam membantu kanak-kanak istimewa ini. Guru seharusnya memulakan langkah rawatan awal ke atas murid-murid yang telah dikenal pasti menghidapi masalah ini. Program latihan awal membaca fonem perlulah dilakukan semenjak peringkat pra-sekolah lagi agar mereka akan dapat membaca dengan lebih baik. Selain hal itu, guru juga perlu memberikan sokongan moral dan emosi kepada murid-murid yang menghidapi masalah ini. Selain hal itu, untuk kanak-kanak pada peringkat awal remaja mereka perlu dibenarkan untuk merakam kuliah atau pengajaran guru selain dibenarkan untuk menyalin nota guru (Bailet, 2006).
Selain itu, guru juga perlu memberitahu bahawa tiada jawapan yang salah dan betul. Mereka cuma perlu berminat dengan cara kanak-kanak disleksia ini menyampaikan jawapan mereka apabila ditanya soalan (Pollock, Waller & Politt, 2004). Kaedah ini akan mengelakkan kanak-kanak disleksia daripada merasa rendah diri apabila tidak dapat membaca jawapan mereka dengan betul dan dapat menanamkan keyakinan kepada mereka bahawa jawapan itu sendiri tidak semestinya betul atau salah.
Seharusnya guru-guru kelas yang mempunyai murid-murid disleksia perlu mempunyai hubungan yang erat dengan guru pakar agar mereka dapat merujuk jika terdapat apa-apa masalah yang berlaku semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan (Pollock, Waller & Politt, 2004). Hal ini adalah penting kerana guru pakar adalah guru yang sudah mempunyai kepakaran menguruskan murid-murid yang menghadapi masalah ini.
Oleh kerana disleksia merupakan suatu masalah pembelajaran, mereka tidaklah ditutup peluangnya untuk menimba ilmu pengetahuan. Mereka perlu diberi ruang dan peluang agar dapat menonjolkan diri mereka. Individu-individu yang menghidapi masalah ini merupakan seorang yang sangat cemerlang dalam penyelesaian masalah (problem solving), pemikiran kritikal (critical thinking) dan perbendaharaan kata. Mereka juga cemerlang dalam bidang arkitek, kejuruteraan, sains, seni dan muzik (Kuwana,2009).
Sejarah telah membuktikan bahawa dunia ini sendiri maju dari banyak aspek kerana hasil usaha individu-individu yang menghidapi disleksia seperti Leonardo da Vinci, Michelangelo, Albert Einsten, Thomas Edison, Walt Disney, Will Smith, Orlando Bloom, Tom Cruise, Bruce Jenner, Greg Louganis, Cher dan lain-lain.

0 comments:
Catat Ulasan